Saturday, 26 January 2013

Amalan dan Doa Ibu Mengandung.


بسم الله الرحمن الرحيم

Anak2 adalah umpama kain putih. Kitalah yg mencorakkannya. insyaallah. Mari kita corakkan ia semenjak d dalam rahim kita lagi..mudah2an usaha kita di makbulkan oleh Allah SWT. Moga akan lahir daei2, hafiz hafizah dan alim alimah dari rahim kita . . . aminn..

* Digalakkan ibu2 membuat amalan dan doa ketika masih bertelekung,d atas sejadah juga masih berwudhu...bukanlah cadangan ini kewajipan,namun . . . di posisi ini ibu2 akan lebih tawajuh kepada Allah SWT di posisi ini HATI kita lebih dekat dengan Allah SWT.

* Setiap kali,sebelum memulakan adab dan doa..kita hendaklah perbetulkan NIAT kita ; iaitu kita buat semata-mata kerana Allah SWT. . . untuk cari redha Allah SWT di samping inilah usaha kita untuk dapatlkan anak yang soleh solehah,daie,hafiz hafizah,alim alimah. amin ya Allah.


Amalan ibu mengandung.

amalan ini di buat sebaik2nya selepas solah dan masih bertelekung di atas sejadah.
letakkan ibu jari di bawah pusat.
baca surah Al Ikhlas 10 kali.beri salam pada anak. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh , wahai anakku dengarlah akan kata2 ku ini baik2 :
jangan sekali2 engkau derhaka pada Allah SWT.
jangan sekali2 engkau derhaka pada Nabi SAW.
jangan sekali2 engkau derhaka pada kedua ibubapa mu.
jangan sekali2 engkau derhaka pada guru2 mu.
jangan sekali2 engkau derhaka pada adik-beradik dan ahli keluarga mu.
jangan sekali2 engkau derhaka kepada kaum muslimin dan muslimat;lelaki dan perempuan.
jangan sekali2 engkau menconteng arang di muka kedua ibupaba mu.
beri salam pada anak di dalam kandungan sekali lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..wahai anak ku, ummi bacakan ke tujuh2 pesanan tadi adalah khas untuk mu.
apabila selesai barulah di buka kain telekung.



DOA-DOA SEMASA HAMIL.

1) Baca Surah Al-Qadr ~ 44 kali ~ insyaallah anak akan terang hati dan mendengar kata. Baca 44 kali.
لا إِلهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، إِنَّ كُنَّا مِنَ الظَالِمِينَ

2) Baca Surah At-Taubah ayat 128 & 129 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan perbaiki segala kelemahan.
لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬
فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ  

3) Baca Surah Yusuf ayat 3 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan beri rupa paras yang indah dan cantik.
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ

4) Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan kuatkan Iman anak.
لا اله إلا الله
محمدا رسول الله

5) Baca ~ 44 kali ~ di baca oleh ibubapa ~ يا ذاالجلال  والاكرام

6) Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan jauhkan anak daripada sakit tulang ~ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

7) Baca Surah An-Nur ayat 35 ~ Allah SWT akan beri anak yang putih bercahaya.


Selain surah-surah yang lazim di amalkan untuk ibu hamil :
Surah Yusuf ~ untuk anak yang cantik paras rupa.
Surah Luqman ~ untuk anak yang bijaksana dan terang hati.
Surah Yaasin ~ untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
Surah Maryam ~ untuk memudahkan bersalin.
Surah al-Hujurat ~ untuk membanyakkan air susu.
Surah Muhammad ~ untuk mewarisi akhlak terpuji.

Insyaallah,semoga kita sama2 dapat amal dan sampaikan..Insyaallah.

Tuesday, 1 January 2013

Fhadilat surah Al Mulk dan surah As Sajadah



بسم الله الرحمن الرحيم

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Ada satu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayatyang akan memberi syafaat kepada seseorang pembacanya), sehinggalah
dia diampunkan. Surah itu adalah surah Tabarak al-Lazi."
( Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dalam sahihnya )

Keterangan :

Tentang surah Tabarak al-Lazi juga ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada dalam setiap hati orang yang beriman.

Mengikut satu hadith lagi, seseorang yang membaca surah Tabarak al-Lazi dan 'Alif Lam Mim Sajadah antara solah maghrib dan 'isyak adalah seumpama seseorang yang beribadat sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang membaca kedua-dua surah ini, tujuh puluh pahala akan dituliskan untuknya dan tujuh puluh dosa akan dijauhkan daripadanya. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, dituliskan untuknya pahala yang menyamai pahala ibadat pada malam Lailatul Qadar. ( Ini juga telah disebutkan dalam kitab Mazahirul-Haq )

Imam Tirmizi rah. meriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma, "Sekumpulan sahabat telah mendirikan khemah di suatu tempat tanpa mengetahui bahawa di situ terdapat sebuah kubur. Tiba-tiba mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seseorang sedang membaca surah Tabarak al-Lazi. Mereka datang dan menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah saw. Baginda saw menerangkan bahawa surah ini akan menjaga pembaca daripada azab Allah swt dan menjamin keselamatan."

Hazrat Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif Lam Mim Sajadah dan Tabarak al-Lazi.

Hazrat Khalid bin Ma'adan ra berkata bahawa satu riwayat telah sampai kepadanya yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang selalu membaca surah al-Sajadah. Dia tidak pernah membaca surah lain. Surah itu telah mengembangkan sayapnya ke atas orang itu dan memohon kepada Allah swt, " Wahai Tuhanku, orang ini kerap kali membaca daku." Syafaat daripada surah ini diterima oleh Allah swt maka kerana itu diperintahkan supaya setiap dosanya digantikan dengan pahala." Hazrat Khalid bin Ma'adan ra juga telah meriwayatkan bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya dalam kubur dan berkata, "Ya Allah, jika aku ini berada dalam kitabMu maka terimalah syafaatku, jika tidak, hapuskanlah sahaja daku daripada kitabMu." Surah ini akan muncul dalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya ke atas mayat itu dan melindungi mayat itu daripada seksaan kubur. Hazrat Khalid bin Ma'adan
ra juga berkata bahawa semua kelebihan di atas adalah juga untuk surahTabarak al-Lazi. Hazrat Khalid bin Ma'adan ra sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah beliau selesai membaca dua surah ini.

Hazrat Taus rah. berkata, "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam puluh ganjaran yang
melebihi setiap surah lain dalam al-Quran."

Seksaan dalam kubur bukanlah suatu perkara yang ringan. Setelah meninggal dunia, kubur ialah perhentian pertama yang seseorang itu mesti lalui. Apabila Hazrat 'Uthman ra berdiri di atas sebuah kubur, beliau akan menangis dengan hebatnya sehingga janggut beliau dibasahi air inata. Seseorang telah bertanya, "Tuan tidak menangis sebegitu rupa jika disebut tentang syurga atau neraka sebagaimana tuan menangis ketika berada di kubur. Beliau menjawab, "Saya telah mendengar daripada Rasulullah saw bahawa kuburlah tempat persinggahan pertama untuk menuju ke akhirat. Sesiapa terselamat daripada azab kubur, peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Sementara sesiapa yang tidak selamat daripada azab kubur, ujian-ujian yang akan datang lebih sukar lagi. Saya juga mendengar bahawa tidak ada satu keadaan pun yang lebih menggerunkan daripada keadaan yang ada dalam kubur."
(Jam'ul-Fawaid)

'Ya Allah, peliharalah kami daripada keadaan tersebut dengan kurniaan
dan anugerahMu.'

Monday, 31 December 2012

Fhadilat surah al Waaqiah



بسم الله الرحمن الرحيم

Hazrat Abdullah bin Mas' ud ra  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda , "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam , kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya." Abdullah bin
Mas'ud ra selalu menyuruh anak-anak perempuannya  membaca surah ini pada setiap malam."
( Hadith riwayat Baihaqi )

Keterangan :

Kelebihan-kelebihan surah al-Waqi'ah juga diberitakan dalam beberapa hadith. Ada satu riwayat menyatakan bahawa sesiapa membaca surah al- Hadid , al-Waqi'ah dan ar-Rahman akan digolongkan sebagai penghuni Jannatul Firdaus.

Dalam hadith yang lain dinyatakan bahawa , "Surah al-Waqi'ah ialah surah al-Ghina. Bacalah surah itu dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu." Riwayat yang lain menyebut , "Ajarkanlah kepada isteri-isterimu."

Diberitakan bahawa Hazrat 'Aishah r.anha juga telah menekankan kepentingan pembacaan surah ini. Walau bagaimanapun, satu keadaan yang cukup rendah sekiranya kita membaca surah itu hanya untuk mendapat
beberapa keping wang. Sebaliknya, jika kita membaca surah ini dengan niat untuk memenuhi kekayaan hati ( kepuasan rohani ) dan untuk maksud akhirat maka dengan sendirinya keuntungan-keuntungan dunia pun akan datang kepada kita.

@note Kitab Fhadilat Al Quran

Fhadilat surah Yaasin



بسم الله الرحمن الرحيم

Hazrat Ata bin Abi Rabah ra, berkata , "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda," Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
( Hadith riwayat Darimi )

Keterangan :

Kelebihan-kelebihan surah Yaasin juga banyak disebutkan dalam hadith-hadith. Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi al-Quran ialah surah Yaasin". Sesiapa membaca surah Yaasin , Allah swt akan menuliskan pahala baginya seumpama dia membaca seluruh al-Quran sebanyak sepuluh kali.

Menurut sebuah hadith yang lain , Allah swt membacakan surah Toha dan surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengarkan keadaan ini, mereka berkata ," Bertuahlah umat yang akan diturunkan al-Quran ke atas mereka , bertuahlah hati-hati yang akan memikul al-Quran ( yakni yang akan menghafalnya ) dan bertuahlah lidah-lidah yang akan membaca al-Quran."

Diriwayatkan dalam satu hadith , "Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah swt, segala dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu bacalah surah ini untuk orang yang telah mati."

Mengikut sebuah hadith, dalam kitab Taurat, surah Yaasin dinamakan Mun'imah (pemberi nikmat) kerana surah itu membawa kebaikan kepada pembaca surah itu dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat ,
al-Quran juga menghindarkan penderitaan di dunia dan di akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dalam kehidupan akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh , iaitu yang mengangkat darjat orang beriman dan merendahkan darjat orang kafir. Menurut satu riwayat , Rasulullah saw bersabda , "Hatiku menghendaki
supaya surah Yaasin berada dalam setiap hati umatku." Mengikut sebuah hadith yang lain , jika seseorang itu membaca surah Yaasin pada setiap malam dan kemudiannya mati maka dia akan mati sebagai syahid.

Diriwayatkan daripada hadith yang lain , "Sesiapa yang membaca surah Yaasin maka dosanya akan diampunkan , sesiapa sahaja yang membaca surah ini semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, sesiapa membaca surah ini ketika sesat jalan , akan menjumpai semula jalannya , sesiapa membaca surah ini kerana kehilangan binatang kenaikannya akan menjumpai semula binatangnya itu , dan apabila seseorang itu membaca surah ini kerana bimbangkan makanan tidak cukup maka makanan itu akan mencukupi. Sekiranya seseorang itu membaca surah Yaasin kepada orang yang sedang dalam keadaan nazak maka kesakitan ketika nazaknya akan diringankan. Jika seseorang itu membaca surah ini ke atas wanita yang menghadapi kesukaran semasa melahirkan anak maka akan dimudahkan kelahiran bayinya." Muqri rah. berkata , "Sekiranya surah Yaasin dibaca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh maka ketakutan itu
akan hilang." Menurut satu hadith yang lain , jika seseorang membaca surah Yaasin dan surah as-Soffaat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah swt sesuatu maka doanya akan diterima.

( Kebanyakan bahan yang dinukilkan di sini ialah daripada kitab Mazahirul Haq, tetapi sesetengah ulama hadith telah mempersoalkan kesahihan sesetengah daripada riwayat-riwayat tersebut. )

@note Kitab Fhadilat Al Quran

Sunday, 2 December 2012

6 sifat para sahabat rhm

بسم الله الرحمن الرحيم

1) LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH.

Allah swt Maha Kuasa,makhluk langsung tiada kuasa . . . tak pernah ada kuasa . . . tak akan ada kuasa. siapa makhluk? selain daripada Allah swt semuanya makhluk. Allah swt Maha Kuasa tanpa apa-apa
sahaja , Allah boleh buat apa-apa sahaja.

Allah swt mampu buat apa-apa sahaja tanpa asbab , berlawanan dengan asbab dengan asbab. sebagaimana kisah kejadian Adam as tanpa asbab ibubapa. Nabi Isa as d lahirkan tanpa bapa , ini berlawanan dengan asbab dan kita ini di lahirkan dengan ibubapa dengan asbab. Burung ada kepak boleh terbang ; ayam pon ada kepak tapi tak boleh terbang. Dalam neraka banyak api tapi gelap gelita ; tapi dalam kubur orang beriman terang walaupon tiada api. kerana yg beri terang ; bukanlah matahari , bukanlah bulan , bukanlah api , tapi yang beri terang adalah Allah . . . Laailahaillallah.

Allah swt telah hantar manusia ke dunia ini dan telah tetapkan bahawa kejayaan manusia hanyalah dalam agama. Nak kejayaan di dunia ; kejayaan di akhirat . . . semuanya dalam agama. selain daripada agama bukanlah kejayaan ; walaupon nampak seperti kejayaan . . . bahkan walaupon seluruh manusia memanggilnya kejayaan. Seorang yg kaya raya . . . yang jika di susun kekayaannya menjulang kelangit . . . berwajah cantik . . . di puja-puja manusia . . . terkenal . . . tapi dia mati . . . tinggalkan dunia ini dalam keadaan tak bawa iman yg sohih . . amalan yg soleh maka bau syurga pon dia tak dapat. tapi jika seorang yg miskin , hina , wajah yg hodoh . . . tak di kenali ; tapi jika dia mati dengan bawa iman yang sohih . . . amalan yang soleh . . . maka dia akan berjaya. Lalu . . . orang kaya . . . miskin . . . cantik hodoh . . . dipuja dihina . . . jika orang itu jadikan agama sebagai maksud hidup dia . . . maka orang ini akan berjaya. InsyaAllah.

Iman adalah satu perkara yg sangat berharga. seorang yg beriman lebih bernilai dari seluruh orang kafir di mukabumi ini. Iman sebesar zarah..Allah swt akan beri ganjaran syurga 10kali ganda dunia ini. Seorang yg di akhir kalamnya ucap Laailahaillallah maka wajib syurga baginya. Barangsiapa yang ucap Laailahaillallah maka gugurlah dosa-dosanya seperti runtuhnya bangunan akibar banjir. Kalimah Laailahaillallah jika di letakkan di sebelah neraca dan di sebelah neraca lagi ialah dunia dan seisinya maka kalimah Laailahaillah lebih berat lagi. Harini manusia tahu nilai emas . . . nilai duit . . . nilai dunia tapi tak tahu nilai Iman. Manusia akan usaha untuk dapatkan sesuatu bila tahu nilainya . . . siangmalam pagi petang usaha atas dunia sebab tahu nilai dunia. tapi berpuluh-puluh tahun hidup tak ada usaha pon atas iman . . . kenapa? sebab tak tahu nilai..jadi tak usahalah . . . 

Lalu . . . ulama beritahu bagaimana untuk kita  usaha atas Iman . . . kita perlu guna 4 pancaindera kita ni. mata , telinga , mulut , fikir . . . 4 perkara ni umpama 4 pintu bagi hati kita. Apa yg kita lihat . . . apa yg kita dengar . . . apa cakap . . . apa yg kita fikir . . . ini semua akan masuk kedalam hati kita. Setiap perkara yg kita lihat . . . kita dengar . . . kita cakap . . . kita fikir . . . perlu nafi makhluk . . . dan isbat Allah swt. Contohnya . . . bila nak makan . . . betulkan hati kita . . . bukan makanan yg beri kenyang yg beri kenyang ialah Allah . . . makanan pon perlukan perintah Allah untuk beri kenyang . . . bukan air yg hilangkan haus  . . yang menghilangkan haus ialah Allah. Bukan ubat yang menyembuhkan penyakit . . . yang menyembuhkan penyakit ialah Allah. Ulama beritahu kita perlu sentiasa "nafi dan isbat", jika tidak . . . lama kelamaan kebesaran makhluk . . . keyakinan pada makhluk akan masuk dalam hati kita. Amalan doa adalah cara yang Nabi saw ajar. walaupon Nabi saw hanya makan kurma dan air sahaja . . . tapi doa lps makan(segala puji bagi Allah . . . yg telah beri makanan). Nabi saw ajar . . . Allah yg beri makanan bukan kerja kita yg siangmalam pagi petang tu yang beri kita makanan. Jika kita tak nafi ; apa akan jadi pada kita? dari kecil kita lihat , fikir bapa yg beri duit pada ibu kita. atau ibubapa kita kerja dapat duit gaji. kita nak beli barang . . . tokey kedai akan tanya ada duit tak? tak da duit tak boleh beli . . . tak da duit tak ada barang . . . maka jadilah kefahaman kita bahawa dengan duit kita akan boleh dapat segala-galanya . . . kita boleh beli . . . kita boleh dapat barang . . . duit adalah penyelesaian semua masalah . . . berpuluh-puluh tahun kita fikir dan faham macam tu. Ini keyakinan yang salah . . . faham yang salah. agak-agaknyalah . . . jika saya mati dalam keadaan yakin begini "duit boleh dapat boleh buat segala-galanya". . . agaknyalah . . . dapat tak ucap kalimah syahadah di akhir kalam . . . sebab apa yang ada di hati . . . itu keluar d mulut . . . apa yang keluar di mulut . . . itu yang ada di hati. nauzubillahhiminzalik.

Apabila kita baling bola pada dinding ; maka bola akan kembali kepada kita. lagi kuat kita baling ; lagi kuat bola melantun kembali kepada kita. begitu juga dengan dakwah. Untuk dapat hakikat kalimah iman ini. Maka kita perlulah dakwahkannya. Beritahu orang lain akan kelebihan . . . ganjaran . . . kejayaan yang akan seorang itu akan peroleh dari kalimah iman ini. Dakwah tentang nilai-nilai Iman. beritahu dengan adanya iman , manusia akan berjaya. tanpa iman manusia akan sengsara. Manafaat dakwah awalnya adalah untuk diri sendiri . . . ini janji Allah.

Seluruh Nabi-nabi , sejak dari Adam as hinggalah Nabi Muhammad saw . . . di utuskan atas perkara ini. Laailahaillallah. Ajak . . . Seru manusia kepada Allah. Kepada pencipta kita. Nabi saw telah di susahpayahkan atas perkara ini. Para sahabat ra telah d syahidkan atas perkara ini. Mereka telah gunakan diri , harta , masa untuk sebarkan kalimah ini. Untuk betulkan yakin manusia. Dari yakin makhluk kepada yakin 100% hanya pada Allah. Hari ini kita dengan senang-senang sedang menikmati Iman hasil susahpayah janda-janda dan yatim-yatim para sahabat ra. Ulama beritahu ; melalui dakwah . . . iman meningkat , iman terpelihara , amal bertambah , hidayah tersebar. InsyaAllah. 

Satu ketika Jibril as telah bertanya pd Nabi saw,"wahai Muhammad . . . siapa yang lebih mulai dikau atau agama ini?". . . maka jawab Nabi saw,"sesungguhnya agama ini lebih mulia kerana . . . aku telah di susahpayahkan untuk agama ini". Allah swt telah beli diri ..harta ..masa orang yg beriman dengan Syurga. Ini perniagaan yang paling menguntungkan . . . sedangkan diri . . . harta masa kita ni pon sebenarnya milik Allah. Allahhuakhbar . . . InsyaAllah sedia? guna diri . . . harta masa di jalan Allah? sedia InsyaAllah ! Usaha bermati-matian untuk Agama , hingga mati untuk Agama. Allahhuakhbar!!!

Bila kita nak sesuatu . . . mintalah hanya pada Allah. Nak Iman juga minta pada Allah. Minta macam fakir. Merayu . . . tahap kelaparan yang amat dahsyat. Berhari-hari tak makan . . . apa akan jadi? rayu sungguh-sungguh bukan? menghinakan diri . . . merendahkan diri . . . Maka kita ni ; perlu jadi fakir iman , minta pada yang Maha Kaya . . . Allah . . . . ya Allah . . . ya Allah. Kasihanilah saya ya Allah. Perbetulkan Iman saya ya Allah . . . Peliharalah iman saya ya Allah . . . Matikan saya dengan Iman yang sempurna padaMu ya Allah. Yakinlah , kita tak minta pon Allah beri . . . jika minta? lagi-lagi Allah beri . . . aamiin ya Allah.

InsyaAllah . . .