Thursday, 29 November 2012

6 Pesanan Untuk Wanita Dari Ulama.



بسم الله الرحمن الرحيم


6 Pesanan adalah merupakan sebahagian dari tugas wanita dalam usaha dakwah. Aktiviti 6 pesanan menghidupkan suasana agama di dalam rumah. Kaum lelaki pula berusaha menghidupkan suasana agama di luar rumah. Kedua-dua bentuk usaha tersebut jika di usahakan dengan ikhlas dan mujahadah, InsyaAllah akan mendatangkan kesan yang baik kepada diri mereka, anak-anak dan jiran tetangga. Mauhul yang diujudkan akan mempengaruhi umat kembali ke pangkuan agama.

6 Pesanan.
1.      Bersolat di awal waktu
2.      Taalim wa Taalum
3.      Berzikir pagi dan petang serta membaca AI~Quran
4.      Mendidik anak secara sunnah.
5.      Hidup cara sederhana ( cara sunnah Rasulullah)
6.      Menggalakkan dan menyediakan keluarga keluar ke Jalan Allah.


________________________________________________________


Berikut adalah pesanan yang disampaikan khusus menyentuh usaha untuk kaum wanita dalam usaha dakwah. lanya disampaikan oleh orang lama di Nizamuddin, Bhai Abdul Halim.

• Kaum wanita hendaklah berusaha menghidupkan tabiat dalam menyelesaikan apajua masalah adalah melalui amalan. laitu solat dan doa serta amalan-amalan yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Menyelesaikan masalah melalui perantaraan amaal bukan mal( harta ).

• Kaum wanita hendaklah memastikan semua penghuni di dalam rumahnya terlibat di dalam USAHA taklim yang meliputi :
a. Taklim kitabi
b. Muzakarah 6 sifat para sahabat Rasulullah SAW.

• Wanita-wanita hendaklah mentertibkan diri untuk menggunakan masa yang lama-lama dalam beribadat ( solat-solat sunat, berzikir, membaca Al Quran dan berdoa ) kepada Allah SWT.

• Kaum wanita hendaklah melapangkan masa khusus daiam usaha memberikan tarbiyah kepada anak-anak Ielaki dan perempuan.

• Wanita-wanita hendaklah memastikan kehidupan mereka serba sederhana seperti kehidupan mulia Ummul mukminin rhm yang telah di didik oleh Rasulullah SAW. Kehidupan itu hendaklah di jadikan model untuk diikuti dengan sebaik-baiknya.

• Kaum wanita patutlah mengetahui dan menguruskan tertib masa danharta kaum lelaki untuk ke luar ke jalan Allah dalam usaha tempatan dan usaha luar.

• Kaum wanita hendaklah menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di rumah masing-masing baik sunnah Zahiriah ( makan,pakai,kenderaan,berkeluarga dan rumahtangga ) dan Batiniah ( fikir Nabi SAW ), percakapan , akhlaq , ibadat dan Iain-lain amalan soleh.

• Kaum wanita hendaklah bersungguh-sungguh mengujudkan suasana madrasah atau mauhul dengan mendakwahkan fadhail-fadhail amal. Wanita juga hendaklah menjadi dai'-dai' agama Allah.


________________________________________________________


Berikut adalah fadhail-fadhail yang berkaitan dengan 6 pesanan. Bagi setiap pesanan di nyatakan beberapa fadhail. Nilai yang diletakkan pada pesanan tersebut menunjukkan kepentingan setiap pesanan tersebut.


Pesanan pertama - Bersolat di awal waktu dan galakkan mahram solat di masjid.

1. Rasulullah saw bersabda : Allah swt telah berfirman bahawa Dia telah memutuskan akan menyelamatkan dari azab neraka orang yang mengadapNya dengan solat 5 kali sehari semalam pada waktu-waktu yang
ditetapkan dengan ikhlas, kusyuk dan wudhuk yang sempurna.

2. Rasulullah saw bersabda : Solat pada awal waktunya adalah amalan yang paling baik.

3. Rasulullah saw bersabda : Solat pada awal waktu adalah amalan yang paling digemari oleh Allah swt.

4. Daripada ibnu Mas'ud r.a katanya; aku telah bertanya kepada Rasulullah saw : Apakah amalan yang lebih dicintai oleh Allah swt ? Jawab Rasulullah saw : Solat pada waktunya.

5. Barangsiapa menjaga solat pada awal waktu :
Maghrib : Apa-apa hajatnya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
Isya       : Diberi nuur didalam kubur dan di hari kiaroat
Subuh    : Diberi kelepasan dari api neraka dan sifat munafik.
Zohor    : Dikeluarkan dari dosanya sebagai bayi yang baru lahir.
Asar      : Diharamkan jasadnya dari api neraka.
~ Jawaharil mauhub

Pesanan kedua ~ Taalim wa Taalum.

1. Abu Hurairah r.a berkata : Jika nama Allah swt disebutkan di sesebuah rumah maka cahaya rumah yang terang benderang itu akan menyilaukan pandangan-pandangan penduduk-penduduk langit ; sebagaimana
bintang-bintang dan cahayanya menyilaukan penduduk bumi.

2. Rasulullah saw bersabda: Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan:
a. Dikerumuni mereka oleh para malaikat
b. Diliputi mereka dengan rahmat
c. Diturunkan ke atas mereka ketenangan
d. Di sebut mereka oleh Allah swt di hadapan majlis para-para malaikat.

3. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis bahawa serombongan malaikat-malaikat memang ditugaskan berjalan ke sana kemari mencari-cari majlis zikrullah. Manakala mereka melihat majlis zikrullah sedang di adakan mereka akan memanggil-manggil rakan-rakan mereka : Datanglah ! di sini maksud kamu akan tercapai.

4. Rasulullah saw bersabda : Orang-orang yang berkumpul untuk berzikrullah hanya dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah maka satu malaikat akan berseru dari langit bahawa : Dosa- dosamu telah diampunkan dan segala kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.

5. Rasulullah saw bersabda : Terdapat kamar-kamar yang teristimewa di dalam syurga yang dibina dengan mutiara dan tiang-tiangnya dari batu zamrud. Pintu-pintunya terbuka di setiap penjurunya. Kamar-kamar itu
bergemerlapan menyilaukan mata seperti bintang-bintang yang terang benderang. Yang ditempatkan di kamar-kamar itu ialah ;
a.      Orang yang berkasih sayang kerana Allah
b.      Orang yang berkumpul di satu tempat kerana Allah
c.      Orang yang bertemu antara satu dengan yang lain kerana Allah.


Pesanan ketiga ~ Berzikir serta membaca Al-Quran

Berzikir ;
1. Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : Hendaklah kamu mengingati Aku selepas solat asar dan selepas solat subuh nescaya aku akan mencukupi kamu antara keduanya.

2. Dan sebutlah nama tuhanmu dengan : merendah diri rasa takut tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk dikalangan orang yang lalai. ( Surah Al'Arf : 205 )

3. Abu Darda' r.a berkata : Bahawa orang yang lidahnya sentiasa sibuk dengan zikrullah akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.

4. Zikir adalah akan menyebut-nyebut nama orang yang berzikir itu dikeliling Arash llahi.

5. Zikir akan menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. apabila hamba itu berhenti berzikir, para malaikat pun akan berhenti membina rumah itu.Manakala mereka di tanyakan : Mengapa kamu berhenti membina rumah itu ? Dijawab : Perbelanjaannya belum lagi tiba.

Membaca Al-Quran ;
1. Abu Hurairah r.a. berkata : Rumah-rumah yang AI-Quran dibacakan:
a. Ahli rumah itu bertambah
b. Rahmat berlipat ganda
c. Malaikat mengerumuni mereka
d. Syaitan akan meninggalkan rumah itu.

2. Barangsiapa membaca AI-Quran ; bagi setiap huruf yang dibaca di catitkan : 100 rahmat jika dia membaca dalam solat kedudukan berdiri 50 rahmat jika dia membaca dalam solat sambil duduk 25 rahmat jika dia membaca AI-Quran dalam ada wudhuk di luar solat 10 rahmat jika dia membaca Al-Quran tanpa wudhuk. 1 rahmat jika dia mendengar bacaan Al-Quran dengan berhati-hati.

3. Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa mendengarkan satu ayat Al-Quran akan dituliskan baginya satu kebaikan yang dilipatgandakan dan barangsiapa membacanya (satu ayat) ia akan menjadi Nur baginya di
hari Kiamat.

4. Rasulullah saw bersabda : Hendaklah kamu membaca Al-Quran kerana Al-Quran akan datang di akherat nanti memberi syafaat kepada pembacanya.

5. Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi dirosakkan oleh air. Sahabat bertanya : Ya Rasulullah , bagaimana cara untuk membersihkannya kembali ? Rasulullah saw
bersabda : Banyak mengingati maut dan membaca Al-Quran


Pesanan keempat ~ Mendidik anak secara sunnah.

1. Firman Allah swt : Katakanlah hai Muhammad! ( pada umatmu ) Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah daku( sunnahku ) ; kemudian Allah akan menyintai kamu dan Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak menyintai Allah dengan dibuktikan kehidupan mereka mengikuti sunnah
Rasulullah saw. Jangan sampai mereka terjebak dalam kehidupan Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kita hendaklah berusaha , menjadikan anak-anak kita alim dan alimah akan sunnah-sunnah Rasulullah saw.

2. Sabda Rasulullah saw : Seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka.

3. Sabda Rasulullah saw : Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa kecil adalah seperti sesuatu yang terpahat pada batu.

4. Sabda Rasulullah saw : Sesiapa yang cinta kepada sunnahku sesungguhnya dia itu cinta kepadaku dan dia akan bersamaku di dalam syurga.

5. Sabda Rasulullah saw : Ajarkanlah sunnahku kepada manusia nescaya kamu akan datang di hari qiamat dengan wajah yang bercahaya. Maka akan gembira melihatmu orang yang terdahulu dan akan datang.

Imam Ghazali rah berkata : Hendaklah kaum muslimin mendidik dan memberi perhatian dalam penghayatan sunnah Rasululah saw dalam semua perkara termasuk tabiat kehidupan harian baginda seperti cara makan,
minum dan tidur Rasulullah saw. lanya adalah kunci sa'adah.


Pesanan ke lima - Hidup sederhana ( cara sunnah Rasulullah saw )

1. Rasulullah saw bersabda : Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang dahulu. Para sahabat ra bertanya: Apakah penyakit itu ya Rasulullah saw ? Jawab Rasulullah saw: Penyakit-penyakit itu ialah:
a. terlalu banyak seronok
b. terlalu mewah
c. menyimpan harta sebanyak mungkin
d. tipu menipu dalam mengumpul harta dunia.
e. saling marah-memarahi
f. dengki mendengki hingga menzalimi.

2. Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang meresap cinta dunia akan terikat hatinya kepada :
a. kesibukan yang tidak pernah terlepas
b. angan-angan yang tidak pernah sampai
c. kerakusan yang tidak pernah cukup

3. Kata Saidina Umar r.a : Rasulullah saw telah merakamkan satu darjah kehidupan yang mesti aku ikuti. Rasulullah saw dan Abu bakar r.a.dan aku adalah ibarat 3 orang musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama telah sampai ke tempat yang ditujuinya. Begitu juga musafir yang kedua. Yang ketiga sekarang dalam perjalanannya kalau saya tidak menempuhi jalannya yang terdahulu, sudah tentu saya tidak
akan sampai ke tempat yang ditujui mereka.

4. Pesan Rasulullah saw kepada Siti Aishah r.ha : Andai kamu ingin bersama denganku di akherat kelak, hendaklah kamu berpuashati dengan keperluan dunia yang hanya mencukupi seorang musafir di perjalanan.
Jangan kamu duduk dengan orang kaya dan jangan anggap pakaianmu tidak berguna hingga kamu menampalnya.

5. Pada suatu hari Rasulullah saw berkunjung ke rumah Siti Fatimah r.ha dan melihat anaknya itu sedang menujukkan gelang emas baru nya kepada seorang wanita tetangganya sambil berkata : " Gelang aku ini
baru dibeli oleh Abu Hassan ( Saidina Ali ra )"  . Wajah Rasulullah saw terus berubah dan segera baginda pulang sambil berkata : " Hai Fatimah ! adakah kau suka mendengar ucapan orang: Puteri Rasulullah mempunyai gelang api di tangannya? " Fatimah r.ha dengan segera menjual gelang itu dan membeli seorang hamba serta membebaskan hamba itu. Fatimah r.ha kemudian pergi berjumpa Rasulullah saw dan menceritakan tindakannya itu. Dengan wajah yang berseri-seri kegembiraan di atas kearifan tindakan dan keta'atan anaknya baginda bersabda : Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan Fatimah dari api neraka."


Pesanan ke enam - Menggalakkan dan menyediakan keluarga keluar ke Jalan Allah.

Jika kita meneliti lembaran sejarah dapat kita lihat betapa para sahabiah memiliki jazbah ( semangat ) yang sukar kita ikuti. Kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dan berjihad di jalanNya mengatasi segala -galanya. Mereka memiliki hakikat kefahaman bahawa diri mereka , diri suami mereka dan diri anak-anak mereka serta harta benda TELAH dibeli oleh Allah untuk digantikan dengan syurgaNya. ( ayat al quran )
.Mereka amat yakin dengan janji-janji Allah bagi mereka yang berjihad. Mereka amat yakin segala fadhilat ( lihat fadhilat jihad fisabilillah ) yang diperolehi oleh suami-suami mereka yang berjihad akan juga tercatat dalam buku amalan mereka. Maka tidak hairanlah apabila mereka berlumba-lumba menggalakkan suami dan ahli keluarga mereka untuk berjihad ke jalan Allah walaupun mereka tahu mereka mungkin menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim. Keimanan mereka yang kukuh dan keyakinan yang teguh dengan kehidupan akherat membuatkan mereka tabah dan menerima berita kesyahidan suami. bapa-bapa, saudara mara dan
anak-anak mereka dengan ucapan Alhamdulillah !

1. Ahliah Ammar bin jamooh r.a telah menggalakkan suaminya yang tempang untuk pergi berjihad kerana dia mengharapkan untuk menjadi isteri seorang syuhada.

2. Khansa r.ha telah membaca bait-bait syair untuk membakar semangat anak-anak lelakinya agar mereka terjun dengan penuh keberanian ke medan perang.

3. Ummu Ammarah r.ha telah menggalakkan suaminya dan dua orang anak lelakinya untuk berjihad di medan Uhud.

4. Ummu Haram r.ha telah pergi berjihad di samping suaminya ke Cyprus dan menjadi syaheedah.

5. Asma r.ha telah memberi kata-kata semangat kepada anaknya Abdullah bin Zubair untuk pergi berjihad.

6. Ummu Hakim r.ha telah pergi berjihad disamping suaminya ke Syria dan dia sendiri berjaya membunuh 7 orang tentera Romawi.

7. Ummu Salim r.ha telah pergi berjihad bersama suaminya ke Hunain walaupun dia sedang mengandung.


wallahhualam. moga kita sama2 dapat jadikan ikhtibar,amalkan dan
sampaikan. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment