Saturday, 26 January 2013

Amalan dan Doa Ibu Mengandung.


بسم الله الرحمن الرحيم

Anak2 adalah umpama kain putih. Kitalah yg mencorakkannya. insyaallah. Mari kita corakkan ia semenjak d dalam rahim kita lagi..mudah2an usaha kita di makbulkan oleh Allah SWT. Moga akan lahir daei2, hafiz hafizah dan alim alimah dari rahim kita . . . aminn..

* Digalakkan ibu2 membuat amalan dan doa ketika masih bertelekung,d atas sejadah juga masih berwudhu...bukanlah cadangan ini kewajipan,namun . . . di posisi ini ibu2 akan lebih tawajuh kepada Allah SWT di posisi ini HATI kita lebih dekat dengan Allah SWT.

* Setiap kali,sebelum memulakan adab dan doa..kita hendaklah perbetulkan NIAT kita ; iaitu kita buat semata-mata kerana Allah SWT. . . untuk cari redha Allah SWT di samping inilah usaha kita untuk dapatlkan anak yang soleh solehah,daie,hafiz hafizah,alim alimah. amin ya Allah.


Amalan ibu mengandung.

amalan ini di buat sebaik2nya selepas solah dan masih bertelekung di atas sejadah.
letakkan ibu jari di bawah pusat.
baca surah Al Ikhlas 10 kali.beri salam pada anak. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh , wahai anakku dengarlah akan kata2 ku ini baik2 :
jangan sekali2 engkau derhaka pada Allah SWT.
jangan sekali2 engkau derhaka pada Nabi SAW.
jangan sekali2 engkau derhaka pada kedua ibubapa mu.
jangan sekali2 engkau derhaka pada guru2 mu.
jangan sekali2 engkau derhaka pada adik-beradik dan ahli keluarga mu.
jangan sekali2 engkau derhaka kepada kaum muslimin dan muslimat;lelaki dan perempuan.
jangan sekali2 engkau menconteng arang di muka kedua ibupaba mu.
beri salam pada anak di dalam kandungan sekali lagi. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..wahai anak ku, ummi bacakan ke tujuh2 pesanan tadi adalah khas untuk mu.
apabila selesai barulah di buka kain telekung.



DOA-DOA SEMASA HAMIL.

1) Baca Surah Al-Qadr ~ 44 kali ~ insyaallah anak akan terang hati dan mendengar kata. Baca 44 kali.
لا إِلهَ إِلا أَنْتَ سُبْحَانَكَ، إِنَّ كُنَّا مِنَ الظَالِمِينَ

2) Baca Surah At-Taubah ayat 128 & 129 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan perbaiki segala kelemahan.
لَقَدۡ جَآءَڪُمۡ رَسُولٌ۬ مِّنۡ أَنفُسِڪُمۡ عَزِيزٌ عَلَيۡهِ مَا عَنِتُّمۡ حَرِيصٌ عَلَيۡڪُم بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ۬
فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَقُلۡ حَسۡبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ‌ۖ عَلَيۡهِ تَوَڪَّلۡتُ‌ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡعَظِيمِ  

3) Baca Surah Yusuf ayat 3 ~ 44 kali ~ Allah SWT akan beri rupa paras yang indah dan cantik.
إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ

4) Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan kuatkan Iman anak.
لا اله إلا الله
محمدا رسول الله

5) Baca ~ 44 kali ~ di baca oleh ibubapa ~ يا ذاالجلال  والاكرام

6) Baca ~ 44 kali ~ Allah SWT akan jauhkan anak daripada sakit tulang ~ نَصۡرٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٌ۬ قَرِيبٌ۬‌ۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ

7) Baca Surah An-Nur ayat 35 ~ Allah SWT akan beri anak yang putih bercahaya.


Selain surah-surah yang lazim di amalkan untuk ibu hamil :
Surah Yusuf ~ untuk anak yang cantik paras rupa.
Surah Luqman ~ untuk anak yang bijaksana dan terang hati.
Surah Yaasin ~ untuk anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
Surah Maryam ~ untuk memudahkan bersalin.
Surah al-Hujurat ~ untuk membanyakkan air susu.
Surah Muhammad ~ untuk mewarisi akhlak terpuji.

Insyaallah,semoga kita sama2 dapat amal dan sampaikan..Insyaallah.

Tuesday, 1 January 2013

Fhadilat surah Al Mulk dan surah As Sajadah



بسم الله الرحمن الرحيم

Hazrat Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Ada satu surah dalam al-Quran yang terdiri daripada tiga puluh ayatyang akan memberi syafaat kepada seseorang pembacanya), sehinggalah
dia diampunkan. Surah itu adalah surah Tabarak al-Lazi."
( Hadith riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban dalam sahihnya )

Keterangan :

Tentang surah Tabarak al-Lazi juga ada satu riwayat yang menyatakan bahawa Rasulullah saw bersabda, "Hatiku menghendaki supaya surah ini berada dalam setiap hati orang yang beriman.

Mengikut satu hadith lagi, seseorang yang membaca surah Tabarak al-Lazi dan 'Alif Lam Mim Sajadah antara solah maghrib dan 'isyak adalah seumpama seseorang yang beribadat sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang membaca kedua-dua surah ini, tujuh puluh pahala akan dituliskan untuknya dan tujuh puluh dosa akan dijauhkan daripadanya. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, dituliskan untuknya pahala yang menyamai pahala ibadat pada malam Lailatul Qadar. ( Ini juga telah disebutkan dalam kitab Mazahirul-Haq )

Imam Tirmizi rah. meriwayatkan daripada Hazrat 'Abdullah bin 'Abbas r.anhuma, "Sekumpulan sahabat telah mendirikan khemah di suatu tempat tanpa mengetahui bahawa di situ terdapat sebuah kubur. Tiba-tiba mereka yang mendirikan khemah itu mendengar seseorang sedang membaca surah Tabarak al-Lazi. Mereka datang dan menceritakan peristiwa itu kepada Rasulullah saw. Baginda saw menerangkan bahawa surah ini akan menjaga pembaca daripada azab Allah swt dan menjamin keselamatan."

Hazrat Jabir ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw tidak akan pergi tidur sebelum membaca surah Alif Lam Mim Sajadah dan Tabarak al-Lazi.

Hazrat Khalid bin Ma'adan ra berkata bahawa satu riwayat telah sampai kepadanya yang mengatakan bahawa ada seorang pendosa besar yang selalu membaca surah al-Sajadah. Dia tidak pernah membaca surah lain. Surah itu telah mengembangkan sayapnya ke atas orang itu dan memohon kepada Allah swt, " Wahai Tuhanku, orang ini kerap kali membaca daku." Syafaat daripada surah ini diterima oleh Allah swt maka kerana itu diperintahkan supaya setiap dosanya digantikan dengan pahala." Hazrat Khalid bin Ma'adan ra juga telah meriwayatkan bahawa, "Surah ini akan merayu bagi pihak pembacanya dalam kubur dan berkata, "Ya Allah, jika aku ini berada dalam kitabMu maka terimalah syafaatku, jika tidak, hapuskanlah sahaja daku daripada kitabMu." Surah ini akan muncul dalam bentuk seekor burung, mengembangkan sayapnya ke atas mayat itu dan melindungi mayat itu daripada seksaan kubur. Hazrat Khalid bin Ma'adan
ra juga berkata bahawa semua kelebihan di atas adalah juga untuk surahTabarak al-Lazi. Hazrat Khalid bin Ma'adan ra sendiri tidak akan pergi tidur sehinggalah beliau selesai membaca dua surah ini.

Hazrat Taus rah. berkata, "Kedua-dua surah ini mendatangkan enam puluh ganjaran yang
melebihi setiap surah lain dalam al-Quran."

Seksaan dalam kubur bukanlah suatu perkara yang ringan. Setelah meninggal dunia, kubur ialah perhentian pertama yang seseorang itu mesti lalui. Apabila Hazrat 'Uthman ra berdiri di atas sebuah kubur, beliau akan menangis dengan hebatnya sehingga janggut beliau dibasahi air inata. Seseorang telah bertanya, "Tuan tidak menangis sebegitu rupa jika disebut tentang syurga atau neraka sebagaimana tuan menangis ketika berada di kubur. Beliau menjawab, "Saya telah mendengar daripada Rasulullah saw bahawa kuburlah tempat persinggahan pertama untuk menuju ke akhirat. Sesiapa terselamat daripada azab kubur, peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Sementara sesiapa yang tidak selamat daripada azab kubur, ujian-ujian yang akan datang lebih sukar lagi. Saya juga mendengar bahawa tidak ada satu keadaan pun yang lebih menggerunkan daripada keadaan yang ada dalam kubur."
(Jam'ul-Fawaid)

'Ya Allah, peliharalah kami daripada keadaan tersebut dengan kurniaan
dan anugerahMu.'