Iyaz merupakan seorang hamba yang amat dikasihi oleh Sultan Mahmud Ghaznawi ,ketua negara suatu tempat di Afganistan sekarang ini. Suatu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan Islam yang besar. Iyaz ; dia ini sangat-sangat dikasihi oleh Sultan. Allahhuakhbar!
Suatu hari Sultan telah berkeinginan untuk membuka khazanahnya. Mungkin hari yang gembira baginya atau hari keputeraanya. Wallahhualam. Sultan telah menjemput orang-orang kenamaan, seluruh kaum kerabatnya dalam satu majlis dan Sultan telah iklan dengan buat pengisytiharan . . . "Sesiapa yang letak tangan di atas apa-apa sahaja . . . maka benda itu akan jadi miliknya. *diulang : Benda itu akan jadi miliknya"
![]() |
sekadar gambar hiasan *jangan letak tangan di sini. |
Maka, pengisytiharan telah dibuat . . . khazanah pon dibuka . . . maka berebut-rebutlah hadirin dalam majlis tu, berlanggar-langgarlah antara satu sama lain . . . maklumlah nak letakkan tangan di atas benda yang paling mahal. Tak cukup satu tangan, letak dua tangan. Supaya dapat miliki semua khazanah itu. Setiap hadirin pergi kepada apa yang mereka hendak dan letakkan tangan atas benda itu.
Setelah semua hadirin meletakkan tangan pada benda yang mereka hendak, namun Iyaz ; hamba yang sangat di kasihi Sultan hanya berdiri di hadapan Sultan, tak pergi kemana-mana pon dia. Maka Sultan telah bertanya kepadanya, "Wahai Iyaz, kenapa kamu tidak pergi letakkan tangan ke atas apa-apa sahaja yang kamu suka, kerana ia akan jadi milik kamu. Lihat semua orang telah buat." Lalu . . . apa yang Iyaz buat? Maka Iyaz telah maju, pergi hampir kepada Sultan . . . dan dia telah letakkan tangannya di atas bahu Sultan. Allahhuakhbar!
Orang yang letak atas benda yang kecil-kecil,akan dapat benda itu sahaja. tapi seorang yang dapat Sultan, maka seluruh khazanah Sultan akan jadi milik dia. Allahhuakhbar!
Seorang yang dapat Allah . . . dia kan dapat segala-galanya, kerana segala-galanya milik siapa? milik Allah!! Allahhuakhbar!
Harini, manusia hanya kejar untuk dapat benda yang "kecil-kecil" ini. Sedangkan semua makhluk ni tak boleh buat apa-apa. Tak boleh beri mudharat, tak boleh beri manafaat. Mudharat dan manafaat hanya datang dari Allah. LAAILAHAILLALLAH !