Thursday, 29 November 2012

6 Pesanan Untuk Wanita Dari Ulama.



بسم الله الرحمن الرحيم


6 Pesanan adalah merupakan sebahagian dari tugas wanita dalam usaha dakwah. Aktiviti 6 pesanan menghidupkan suasana agama di dalam rumah. Kaum lelaki pula berusaha menghidupkan suasana agama di luar rumah. Kedua-dua bentuk usaha tersebut jika di usahakan dengan ikhlas dan mujahadah, InsyaAllah akan mendatangkan kesan yang baik kepada diri mereka, anak-anak dan jiran tetangga. Mauhul yang diujudkan akan mempengaruhi umat kembali ke pangkuan agama.

6 Pesanan.
1.      Bersolat di awal waktu
2.      Taalim wa Taalum
3.      Berzikir pagi dan petang serta membaca AI~Quran
4.      Mendidik anak secara sunnah.
5.      Hidup cara sederhana ( cara sunnah Rasulullah)
6.      Menggalakkan dan menyediakan keluarga keluar ke Jalan Allah.


________________________________________________________


Berikut adalah pesanan yang disampaikan khusus menyentuh usaha untuk kaum wanita dalam usaha dakwah. lanya disampaikan oleh orang lama di Nizamuddin, Bhai Abdul Halim.

• Kaum wanita hendaklah berusaha menghidupkan tabiat dalam menyelesaikan apajua masalah adalah melalui amalan. laitu solat dan doa serta amalan-amalan yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Menyelesaikan masalah melalui perantaraan amaal bukan mal( harta ).

• Kaum wanita hendaklah memastikan semua penghuni di dalam rumahnya terlibat di dalam USAHA taklim yang meliputi :
a. Taklim kitabi
b. Muzakarah 6 sifat para sahabat Rasulullah SAW.

• Wanita-wanita hendaklah mentertibkan diri untuk menggunakan masa yang lama-lama dalam beribadat ( solat-solat sunat, berzikir, membaca Al Quran dan berdoa ) kepada Allah SWT.

• Kaum wanita hendaklah melapangkan masa khusus daiam usaha memberikan tarbiyah kepada anak-anak Ielaki dan perempuan.

• Wanita-wanita hendaklah memastikan kehidupan mereka serba sederhana seperti kehidupan mulia Ummul mukminin rhm yang telah di didik oleh Rasulullah SAW. Kehidupan itu hendaklah di jadikan model untuk diikuti dengan sebaik-baiknya.

• Kaum wanita patutlah mengetahui dan menguruskan tertib masa danharta kaum lelaki untuk ke luar ke jalan Allah dalam usaha tempatan dan usaha luar.

• Kaum wanita hendaklah menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di rumah masing-masing baik sunnah Zahiriah ( makan,pakai,kenderaan,berkeluarga dan rumahtangga ) dan Batiniah ( fikir Nabi SAW ), percakapan , akhlaq , ibadat dan Iain-lain amalan soleh.

• Kaum wanita hendaklah bersungguh-sungguh mengujudkan suasana madrasah atau mauhul dengan mendakwahkan fadhail-fadhail amal. Wanita juga hendaklah menjadi dai'-dai' agama Allah.


________________________________________________________


Berikut adalah fadhail-fadhail yang berkaitan dengan 6 pesanan. Bagi setiap pesanan di nyatakan beberapa fadhail. Nilai yang diletakkan pada pesanan tersebut menunjukkan kepentingan setiap pesanan tersebut.


Pesanan pertama - Bersolat di awal waktu dan galakkan mahram solat di masjid.

1. Rasulullah saw bersabda : Allah swt telah berfirman bahawa Dia telah memutuskan akan menyelamatkan dari azab neraka orang yang mengadapNya dengan solat 5 kali sehari semalam pada waktu-waktu yang
ditetapkan dengan ikhlas, kusyuk dan wudhuk yang sempurna.

2. Rasulullah saw bersabda : Solat pada awal waktunya adalah amalan yang paling baik.

3. Rasulullah saw bersabda : Solat pada awal waktu adalah amalan yang paling digemari oleh Allah swt.

4. Daripada ibnu Mas'ud r.a katanya; aku telah bertanya kepada Rasulullah saw : Apakah amalan yang lebih dicintai oleh Allah swt ? Jawab Rasulullah saw : Solat pada waktunya.

5. Barangsiapa menjaga solat pada awal waktu :
Maghrib : Apa-apa hajatnya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
Isya       : Diberi nuur didalam kubur dan di hari kiaroat
Subuh    : Diberi kelepasan dari api neraka dan sifat munafik.
Zohor    : Dikeluarkan dari dosanya sebagai bayi yang baru lahir.
Asar      : Diharamkan jasadnya dari api neraka.
~ Jawaharil mauhub

Pesanan kedua ~ Taalim wa Taalum.

1. Abu Hurairah r.a berkata : Jika nama Allah swt disebutkan di sesebuah rumah maka cahaya rumah yang terang benderang itu akan menyilaukan pandangan-pandangan penduduk-penduduk langit ; sebagaimana
bintang-bintang dan cahayanya menyilaukan penduduk bumi.

2. Rasulullah saw bersabda: Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan:
a. Dikerumuni mereka oleh para malaikat
b. Diliputi mereka dengan rahmat
c. Diturunkan ke atas mereka ketenangan
d. Di sebut mereka oleh Allah swt di hadapan majlis para-para malaikat.

3. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis bahawa serombongan malaikat-malaikat memang ditugaskan berjalan ke sana kemari mencari-cari majlis zikrullah. Manakala mereka melihat majlis zikrullah sedang di adakan mereka akan memanggil-manggil rakan-rakan mereka : Datanglah ! di sini maksud kamu akan tercapai.

4. Rasulullah saw bersabda : Orang-orang yang berkumpul untuk berzikrullah hanya dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah maka satu malaikat akan berseru dari langit bahawa : Dosa- dosamu telah diampunkan dan segala kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.

5. Rasulullah saw bersabda : Terdapat kamar-kamar yang teristimewa di dalam syurga yang dibina dengan mutiara dan tiang-tiangnya dari batu zamrud. Pintu-pintunya terbuka di setiap penjurunya. Kamar-kamar itu
bergemerlapan menyilaukan mata seperti bintang-bintang yang terang benderang. Yang ditempatkan di kamar-kamar itu ialah ;
a.      Orang yang berkasih sayang kerana Allah
b.      Orang yang berkumpul di satu tempat kerana Allah
c.      Orang yang bertemu antara satu dengan yang lain kerana Allah.


Pesanan ketiga ~ Berzikir serta membaca Al-Quran

Berzikir ;
1. Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : Hendaklah kamu mengingati Aku selepas solat asar dan selepas solat subuh nescaya aku akan mencukupi kamu antara keduanya.

2. Dan sebutlah nama tuhanmu dengan : merendah diri rasa takut tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk dikalangan orang yang lalai. ( Surah Al'Arf : 205 )

3. Abu Darda' r.a berkata : Bahawa orang yang lidahnya sentiasa sibuk dengan zikrullah akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.

4. Zikir adalah akan menyebut-nyebut nama orang yang berzikir itu dikeliling Arash llahi.

5. Zikir akan menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. apabila hamba itu berhenti berzikir, para malaikat pun akan berhenti membina rumah itu.Manakala mereka di tanyakan : Mengapa kamu berhenti membina rumah itu ? Dijawab : Perbelanjaannya belum lagi tiba.

Membaca Al-Quran ;
1. Abu Hurairah r.a. berkata : Rumah-rumah yang AI-Quran dibacakan:
a. Ahli rumah itu bertambah
b. Rahmat berlipat ganda
c. Malaikat mengerumuni mereka
d. Syaitan akan meninggalkan rumah itu.

2. Barangsiapa membaca AI-Quran ; bagi setiap huruf yang dibaca di catitkan : 100 rahmat jika dia membaca dalam solat kedudukan berdiri 50 rahmat jika dia membaca dalam solat sambil duduk 25 rahmat jika dia membaca AI-Quran dalam ada wudhuk di luar solat 10 rahmat jika dia membaca Al-Quran tanpa wudhuk. 1 rahmat jika dia mendengar bacaan Al-Quran dengan berhati-hati.

3. Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa mendengarkan satu ayat Al-Quran akan dituliskan baginya satu kebaikan yang dilipatgandakan dan barangsiapa membacanya (satu ayat) ia akan menjadi Nur baginya di
hari Kiamat.

4. Rasulullah saw bersabda : Hendaklah kamu membaca Al-Quran kerana Al-Quran akan datang di akherat nanti memberi syafaat kepada pembacanya.

5. Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi dirosakkan oleh air. Sahabat bertanya : Ya Rasulullah , bagaimana cara untuk membersihkannya kembali ? Rasulullah saw
bersabda : Banyak mengingati maut dan membaca Al-Quran


Pesanan keempat ~ Mendidik anak secara sunnah.

1. Firman Allah swt : Katakanlah hai Muhammad! ( pada umatmu ) Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah daku( sunnahku ) ; kemudian Allah akan menyintai kamu dan Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak menyintai Allah dengan dibuktikan kehidupan mereka mengikuti sunnah
Rasulullah saw. Jangan sampai mereka terjebak dalam kehidupan Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kita hendaklah berusaha , menjadikan anak-anak kita alim dan alimah akan sunnah-sunnah Rasulullah saw.

2. Sabda Rasulullah saw : Seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka.

3. Sabda Rasulullah saw : Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa kecil adalah seperti sesuatu yang terpahat pada batu.

4. Sabda Rasulullah saw : Sesiapa yang cinta kepada sunnahku sesungguhnya dia itu cinta kepadaku dan dia akan bersamaku di dalam syurga.

5. Sabda Rasulullah saw : Ajarkanlah sunnahku kepada manusia nescaya kamu akan datang di hari qiamat dengan wajah yang bercahaya. Maka akan gembira melihatmu orang yang terdahulu dan akan datang.

Imam Ghazali rah berkata : Hendaklah kaum muslimin mendidik dan memberi perhatian dalam penghayatan sunnah Rasululah saw dalam semua perkara termasuk tabiat kehidupan harian baginda seperti cara makan,
minum dan tidur Rasulullah saw. lanya adalah kunci sa'adah.


Pesanan ke lima - Hidup sederhana ( cara sunnah Rasulullah saw )

1. Rasulullah saw bersabda : Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang dahulu. Para sahabat ra bertanya: Apakah penyakit itu ya Rasulullah saw ? Jawab Rasulullah saw: Penyakit-penyakit itu ialah:
a. terlalu banyak seronok
b. terlalu mewah
c. menyimpan harta sebanyak mungkin
d. tipu menipu dalam mengumpul harta dunia.
e. saling marah-memarahi
f. dengki mendengki hingga menzalimi.

2. Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang meresap cinta dunia akan terikat hatinya kepada :
a. kesibukan yang tidak pernah terlepas
b. angan-angan yang tidak pernah sampai
c. kerakusan yang tidak pernah cukup

3. Kata Saidina Umar r.a : Rasulullah saw telah merakamkan satu darjah kehidupan yang mesti aku ikuti. Rasulullah saw dan Abu bakar r.a.dan aku adalah ibarat 3 orang musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama telah sampai ke tempat yang ditujuinya. Begitu juga musafir yang kedua. Yang ketiga sekarang dalam perjalanannya kalau saya tidak menempuhi jalannya yang terdahulu, sudah tentu saya tidak
akan sampai ke tempat yang ditujui mereka.

4. Pesan Rasulullah saw kepada Siti Aishah r.ha : Andai kamu ingin bersama denganku di akherat kelak, hendaklah kamu berpuashati dengan keperluan dunia yang hanya mencukupi seorang musafir di perjalanan.
Jangan kamu duduk dengan orang kaya dan jangan anggap pakaianmu tidak berguna hingga kamu menampalnya.

5. Pada suatu hari Rasulullah saw berkunjung ke rumah Siti Fatimah r.ha dan melihat anaknya itu sedang menujukkan gelang emas baru nya kepada seorang wanita tetangganya sambil berkata : " Gelang aku ini
baru dibeli oleh Abu Hassan ( Saidina Ali ra )"  . Wajah Rasulullah saw terus berubah dan segera baginda pulang sambil berkata : " Hai Fatimah ! adakah kau suka mendengar ucapan orang: Puteri Rasulullah mempunyai gelang api di tangannya? " Fatimah r.ha dengan segera menjual gelang itu dan membeli seorang hamba serta membebaskan hamba itu. Fatimah r.ha kemudian pergi berjumpa Rasulullah saw dan menceritakan tindakannya itu. Dengan wajah yang berseri-seri kegembiraan di atas kearifan tindakan dan keta'atan anaknya baginda bersabda : Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan Fatimah dari api neraka."


Pesanan ke enam - Menggalakkan dan menyediakan keluarga keluar ke Jalan Allah.

Jika kita meneliti lembaran sejarah dapat kita lihat betapa para sahabiah memiliki jazbah ( semangat ) yang sukar kita ikuti. Kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dan berjihad di jalanNya mengatasi segala -galanya. Mereka memiliki hakikat kefahaman bahawa diri mereka , diri suami mereka dan diri anak-anak mereka serta harta benda TELAH dibeli oleh Allah untuk digantikan dengan syurgaNya. ( ayat al quran )
.Mereka amat yakin dengan janji-janji Allah bagi mereka yang berjihad. Mereka amat yakin segala fadhilat ( lihat fadhilat jihad fisabilillah ) yang diperolehi oleh suami-suami mereka yang berjihad akan juga tercatat dalam buku amalan mereka. Maka tidak hairanlah apabila mereka berlumba-lumba menggalakkan suami dan ahli keluarga mereka untuk berjihad ke jalan Allah walaupun mereka tahu mereka mungkin menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim. Keimanan mereka yang kukuh dan keyakinan yang teguh dengan kehidupan akherat membuatkan mereka tabah dan menerima berita kesyahidan suami. bapa-bapa, saudara mara dan
anak-anak mereka dengan ucapan Alhamdulillah !

1. Ahliah Ammar bin jamooh r.a telah menggalakkan suaminya yang tempang untuk pergi berjihad kerana dia mengharapkan untuk menjadi isteri seorang syuhada.

2. Khansa r.ha telah membaca bait-bait syair untuk membakar semangat anak-anak lelakinya agar mereka terjun dengan penuh keberanian ke medan perang.

3. Ummu Ammarah r.ha telah menggalakkan suaminya dan dua orang anak lelakinya untuk berjihad di medan Uhud.

4. Ummu Haram r.ha telah pergi berjihad di samping suaminya ke Cyprus dan menjadi syaheedah.

5. Asma r.ha telah memberi kata-kata semangat kepada anaknya Abdullah bin Zubair untuk pergi berjihad.

6. Ummu Hakim r.ha telah pergi berjihad disamping suaminya ke Syria dan dia sendiri berjaya membunuh 7 orang tentera Romawi.

7. Ummu Salim r.ha telah pergi berjihad bersama suaminya ke Hunain walaupun dia sedang mengandung.


wallahhualam. moga kita sama2 dapat jadikan ikhtibar,amalkan dan
sampaikan. InsyaAllah.

Sunday, 25 November 2012

Tasawwuf : mari berkenalan dengannya!


بسم الله الرحمن الرحيم

~ Dalam kitab Tanwirul Qulub karangan Syekh Muhammad Amin Al-Kurdi hal 404, tasawwuf diterjemahkan sebagai ilmu batin dan ilmu yang paling agung dari ilmu-ilmu yang lain dengan tidak mengecilkan ilmu-ilmu yang ada. Allah telah mengutamakan para hambanya yang ahli tasawwuf setelah kedudukan para Rosul dan para Nabi-Nya. Allah telah menjadikan hati mereka sebagai gudang–gudang rahsia dan telah mengkhususkan mereka diantara umatnya untuk menerbitkan cahaya-cahaya Ilahiyah. Dimanapun mereka berada hatinya selalu bersama Allah.

~ Imam Syafi’i selalu hadir di majlis tasawwuf. Beliau mengatakan perlu bagi ahli fiqih untuk mengetahui istilah-istilah tasawwuf agar membawa manfaat dari ilmu yang tidak ada dalam dirinya. Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hambali bolak-balik menghadiri dan mengikuti majlis dzikir tasawwuf. Mereka berdua ditanya: “Apa yang kalian berdua lakukan, bolak balik kegolongan orang-orang yang bodoh itu?”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya mereka yang menamai golongan tasawwuf itu telah memiliki puncak segala urusan dan dia itu bertaqwa pada Allah, mencintai Allah dan mengenal Allah.

~ tarikat adalah amalan orang sufi yang kemudian dipanggil ahli tasawwuf

~ Syarat belajar tasawwuf:
1. Zahid . . . tidak mengambil yang berlebihan dari dunia
2. Ilmu . . . mempelajari ilmu2 syariat, yang membaikkan zahir
3. Tawakkal . . . disini memandai mengetahui hanya Allah tempat bergantung
4. Yakin . . . Dengan keyakinan itulah ia akan berpegang kepada perkara yang sebenarnya dengan tiada syak pada Allah dan Rasul atas jalan putus sekira-kira gholib atas hatinya dan jadilah segala yang ghaib itu seperti dilihatnya. Maka diketahui dengan perasaannya bahawasanya Allah Taala tiada menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaNya.

~ Islam adalah ilmu, amal & Iman
Ilmu dan amal, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.

~ Tasawwuf itu tergolong pada 4 :
Syariat
Tarekat
Hakikat
Makrifat

1. Syariat :
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (fiqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawwuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

2. Tariqat :
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

3. Hakikat :
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar, maqam redha, maqam tawakkal, maqam tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja (sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan faham dan dihayati.

4. Makrifat :
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsiaNya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al-Arifbillah .

sekian sahaja pengenalan tentang Tasawwuf. Moga kita sama-sama dapat manafaat . . . amalkan dan sampaikan. InsyaAllah.

*note@ chekgu . . . jazakillahhukhaira kak.








Tuesday, 20 November 2012

palestine : hati kita di mana iya?


بسم الله الرحمن الرحيم

Tadi di kelas fiqih mazhab syafie , ustazku yang selama aku belajar dengan dia , memakai serban putih tiba2 dtg kelas dgn serban hitam dan mukanya penuh kesedihan dan matanya cengkung dan lemah . . . salah seorang dari kami bertanya 'maulana nampak cantik hari ni dengan serban hitam' . . . beliau merenung kawanku dengan muka serius dan berkata , 'memakai serban hitam semasa perang hukumnya sunat , Nabi dan sahabat memakai serban hitam semasa perang . . . telah sampai berita kepadaku bahawa saudara kita di palestin sedang dibunuh , dan daku sangat ingin ke sana berjihad bersama mereka , aku tak dapat tidur beberapa hari dan tak lalu makan beberapa hari , aku sangat ingin membantu tapi daku tiada kemampuan , daku jauh disini , maka aku keluar dari rumah hari ini dengan niat jihad , sekiranya ada yang sudi membawaku kesana , sekarang juga aku sedia . . . sebab itu daku memakai serban hitam pada hari ini . . . dengan harapan walaupun aku tak dapat ikut jihad tapi aku sangat berharap di akhirat nanti Allah tidak golongkan aku dalam golongan yang pengecut seperti tikus! aku tidak mahu digolongkan sbg muslim yang tidak pedulikan muslim lain . . . di amerika kalau seekor anjing mati dibakar , seluruh dunia kecoh anggap ia zalim , sedangkan di palestin baby muslim , saudara muslim , ibu muslim , ayah muslim dibunuh sewenang2nya tidak ada yang hiraukan? bagaimana mungkin seorang muslim mampu suapkan makanan dgn tenang dlm mulutnya sdgkan di sana saudaranya dibunuh diseksa?sekarang ni dunia hanya dipenuhi perempuan sebab lelaki2 semua dah jadi pondan! tidak ada LELAKI dalam umat pada hari ini . . .

Note : insan macam ni , kata-katanya baru ada NILAI . . . bukannya kata-kata orang yang share status2 palestin , semangat2 maki2 yahudi tapi dapat makan , minum , tidur dengan tenang . . . ?

*sumber dari sini InsyaAllah.


Wednesday, 14 November 2012

oh ujian oh hujan


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagaimana hujan yang di turunkan oleh Allah memberikan banyak manafaat kepada bumi dan kehidupan di atas muka bumi ; begitu juga ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita akan mendatangkan banyak manafaat kepada kita sendiri.

Melalui hujan yang di turunkan Allah maka seluruh makhluk sepertinya mendapat "nafas". Tumbuhan mendapat manafaat. Haiwan mendapat manafaat. Kita turut mendapat manafaat. Begitu juga dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Kepada hambaNya. Melaluinya kita akan menjadi lebih dekat dengan Allah. Kita akan menjadi lebih sabar. Kita akan menjadi lebih dewasa. Kerana . . . ujian demi ujian itu merupakan guru-guru yang baik kepada kita. Guru yang mendidik jiwa. Ia . . . mendidik jiwa agar menjadi hamba. Hamba yang sentiasa memburu redha Penciptanya.

Antara kita sedar atau tidak . . . hujan adalah rahmat ; begitu juga dengan ujian. Ia . . . ujian adalah rahmat. Menghidupkan jiwa-jiwa yang gersang. Bukan gersang dengan "kegembiraan" dunia tapi gersang dari rasa kasih . . . cinta . . . pada Penciptanya. Jiwa yang gersang tanpa rasa sebagai hamba.



Lalu . . .

Sebagaimana turunnya hujan sebagai tanda kasih Rabb kepada makhlukNya. Sama ertinya kepada ujian juga. Allah telah berikan ujian sebagai tanda sayangNya pada hambaNya. Walaupon secara zahirnya kita terasa sakit . . . derita . . . kecewa . . . namun ini semuanya agar kita ini kembali kepadaNya. Merayu . . . merintih . . . mengadu . . . bermanja-manja kepadaNya. Mengadu tentang kelemahan kita. Mengadu tentang ketidakupayaan kita. Mengadu tentang betapa lemahnya kita. Mengadu tentang kurangnya itu. Mengadu tentang kurangnya ini.

Ah . . . Bukankah seorang kekasih hanya mengadu kepada yang di kasihinya.

Dan dengan rahmatNya setiap kekusutan dileraikan. Bukankah ini salah satu dari tanda kasih sayangNya pada kita? Dia yang memberikan ujian . . . cuma perlu mengharap dengan merendahkan sedikit diri . . .  semuanya selesai. Semuanya beres. Masih tidak mengerti dan bersyukurkah kita? Mengapa perlu mencari hamba tika ditimpa ujian? Mengapa tidak kita serahkan sahaja kepada Pemilik ujian? Ujian dariNya . . . penyelesaian ujian juga dariNya. Setiap ujian itu . . . bukan lagi ujian . . . bila Allah sentiasa ada bersama kita. Laailahaillallah.

Failallahhilmushtaka . . . hanya kepada Allah tempat mengadu.

Disetiap kesusahan . . . kesakitan . . . mujahadah yang kita alami. Dihujungnya ada kegembiraan. Ada kebaikan. Ada kebahagiaan Andai kebahagiaan itu tidak kunjung ketika di dunia . . . yakinlah ia sedang menunggu d akhirat. Allah tidak pernah sekali-kali menzalimi hambaNya. Yakinlah!!
Wallahhualam.