Sunday, 25 November 2012

Tasawwuf : mari berkenalan dengannya!


بسم الله الرحمن الرحيم

~ Dalam kitab Tanwirul Qulub karangan Syekh Muhammad Amin Al-Kurdi hal 404, tasawwuf diterjemahkan sebagai ilmu batin dan ilmu yang paling agung dari ilmu-ilmu yang lain dengan tidak mengecilkan ilmu-ilmu yang ada. Allah telah mengutamakan para hambanya yang ahli tasawwuf setelah kedudukan para Rosul dan para Nabi-Nya. Allah telah menjadikan hati mereka sebagai gudang–gudang rahsia dan telah mengkhususkan mereka diantara umatnya untuk menerbitkan cahaya-cahaya Ilahiyah. Dimanapun mereka berada hatinya selalu bersama Allah.

~ Imam Syafi’i selalu hadir di majlis tasawwuf. Beliau mengatakan perlu bagi ahli fiqih untuk mengetahui istilah-istilah tasawwuf agar membawa manfaat dari ilmu yang tidak ada dalam dirinya. Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hambali bolak-balik menghadiri dan mengikuti majlis dzikir tasawwuf. Mereka berdua ditanya: “Apa yang kalian berdua lakukan, bolak balik kegolongan orang-orang yang bodoh itu?”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya mereka yang menamai golongan tasawwuf itu telah memiliki puncak segala urusan dan dia itu bertaqwa pada Allah, mencintai Allah dan mengenal Allah.

~ tarikat adalah amalan orang sufi yang kemudian dipanggil ahli tasawwuf

~ Syarat belajar tasawwuf:
1. Zahid . . . tidak mengambil yang berlebihan dari dunia
2. Ilmu . . . mempelajari ilmu2 syariat, yang membaikkan zahir
3. Tawakkal . . . disini memandai mengetahui hanya Allah tempat bergantung
4. Yakin . . . Dengan keyakinan itulah ia akan berpegang kepada perkara yang sebenarnya dengan tiada syak pada Allah dan Rasul atas jalan putus sekira-kira gholib atas hatinya dan jadilah segala yang ghaib itu seperti dilihatnya. Maka diketahui dengan perasaannya bahawasanya Allah Taala tiada menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaNya.

~ Islam adalah ilmu, amal & Iman
Ilmu dan amal, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.

~ Tasawwuf itu tergolong pada 4 :
Syariat
Tarekat
Hakikat
Makrifat

1. Syariat :
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (fiqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawwuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

2. Tariqat :
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

3. Hakikat :
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar, maqam redha, maqam tawakkal, maqam tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja (sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan faham dan dihayati.

4. Makrifat :
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsiaNya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al-Arifbillah .

sekian sahaja pengenalan tentang Tasawwuf. Moga kita sama-sama dapat manafaat . . . amalkan dan sampaikan. InsyaAllah.

*note@ chekgu . . . jazakillahhukhaira kak.








No comments:

Post a Comment