Monday, 31 December 2012

Fhadilat surah al Waaqiah



بسم الله الرحمن الرحيم

Hazrat Abdullah bin Mas' ud ra  meriwayatkan bahawa Rasulullah saw bersabda , "Sesiapa membaca surah al-Waqi'ah pada setiap malam , kebuluran tidak akan menimpanya untuk selama-lamanya." Abdullah bin
Mas'ud ra selalu menyuruh anak-anak perempuannya  membaca surah ini pada setiap malam."
( Hadith riwayat Baihaqi )

Keterangan :

Kelebihan-kelebihan surah al-Waqi'ah juga diberitakan dalam beberapa hadith. Ada satu riwayat menyatakan bahawa sesiapa membaca surah al- Hadid , al-Waqi'ah dan ar-Rahman akan digolongkan sebagai penghuni Jannatul Firdaus.

Dalam hadith yang lain dinyatakan bahawa , "Surah al-Waqi'ah ialah surah al-Ghina. Bacalah surah itu dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu." Riwayat yang lain menyebut , "Ajarkanlah kepada isteri-isterimu."

Diberitakan bahawa Hazrat 'Aishah r.anha juga telah menekankan kepentingan pembacaan surah ini. Walau bagaimanapun, satu keadaan yang cukup rendah sekiranya kita membaca surah itu hanya untuk mendapat
beberapa keping wang. Sebaliknya, jika kita membaca surah ini dengan niat untuk memenuhi kekayaan hati ( kepuasan rohani ) dan untuk maksud akhirat maka dengan sendirinya keuntungan-keuntungan dunia pun akan datang kepada kita.

@note Kitab Fhadilat Al Quran

Fhadilat surah Yaasin



بسم الله الرحمن الرحيم

Hazrat Ata bin Abi Rabah ra, berkata , "Telah sampai kepadaku bahawa Rasulullah saw bersabda," Sesiapa yang membaca surah Yaasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."
( Hadith riwayat Darimi )

Keterangan :

Kelebihan-kelebihan surah Yaasin juga banyak disebutkan dalam hadith-hadith. Adalah diriwayatkan dalam sebuah hadith, "Segala sesuatu mempunyai hati, dan hati bagi al-Quran ialah surah Yaasin". Sesiapa membaca surah Yaasin , Allah swt akan menuliskan pahala baginya seumpama dia membaca seluruh al-Quran sebanyak sepuluh kali.

Menurut sebuah hadith yang lain , Allah swt membacakan surah Toha dan surah Yaasin seribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Apabila para malaikat mendengarkan keadaan ini, mereka berkata ," Bertuahlah umat yang akan diturunkan al-Quran ke atas mereka , bertuahlah hati-hati yang akan memikul al-Quran ( yakni yang akan menghafalnya ) dan bertuahlah lidah-lidah yang akan membaca al-Quran."

Diriwayatkan dalam satu hadith , "Sesiapa yang membaca surah Yaasin semata-mata kerana Allah swt, segala dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu bacalah surah ini untuk orang yang telah mati."

Mengikut sebuah hadith, dalam kitab Taurat, surah Yaasin dinamakan Mun'imah (pemberi nikmat) kerana surah itu membawa kebaikan kepada pembaca surah itu dalam kehidupan di dunia dan juga di akhirat ,
al-Quran juga menghindarkan penderitaan di dunia dan di akhirat dan menjauhkan kedahsyatan dalam kehidupan akhirat.

Surah ini juga dikenali sebagai Rafi'ah Khafidhoh , iaitu yang mengangkat darjat orang beriman dan merendahkan darjat orang kafir. Menurut satu riwayat , Rasulullah saw bersabda , "Hatiku menghendaki
supaya surah Yaasin berada dalam setiap hati umatku." Mengikut sebuah hadith yang lain , jika seseorang itu membaca surah Yaasin pada setiap malam dan kemudiannya mati maka dia akan mati sebagai syahid.

Diriwayatkan daripada hadith yang lain , "Sesiapa yang membaca surah Yaasin maka dosanya akan diampunkan , sesiapa sahaja yang membaca surah ini semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, sesiapa membaca surah ini ketika sesat jalan , akan menjumpai semula jalannya , sesiapa membaca surah ini kerana kehilangan binatang kenaikannya akan menjumpai semula binatangnya itu , dan apabila seseorang itu membaca surah ini kerana bimbangkan makanan tidak cukup maka makanan itu akan mencukupi. Sekiranya seseorang itu membaca surah Yaasin kepada orang yang sedang dalam keadaan nazak maka kesakitan ketika nazaknya akan diringankan. Jika seseorang itu membaca surah ini ke atas wanita yang menghadapi kesukaran semasa melahirkan anak maka akan dimudahkan kelahiran bayinya." Muqri rah. berkata , "Sekiranya surah Yaasin dibaca oleh seseorang yang takutkan pemerintah atau musuh maka ketakutan itu
akan hilang." Menurut satu hadith yang lain , jika seseorang membaca surah Yaasin dan surah as-Soffaat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah swt sesuatu maka doanya akan diterima.

( Kebanyakan bahan yang dinukilkan di sini ialah daripada kitab Mazahirul Haq, tetapi sesetengah ulama hadith telah mempersoalkan kesahihan sesetengah daripada riwayat-riwayat tersebut. )

@note Kitab Fhadilat Al Quran

Sunday, 2 December 2012

6 sifat para sahabat rhm

بسم الله الرحمن الرحيم

1) LAAILAHAILLALLAH MUHAMMADURRASULLULLAH.

Allah swt Maha Kuasa,makhluk langsung tiada kuasa . . . tak pernah ada kuasa . . . tak akan ada kuasa. siapa makhluk? selain daripada Allah swt semuanya makhluk. Allah swt Maha Kuasa tanpa apa-apa
sahaja , Allah boleh buat apa-apa sahaja.

Allah swt mampu buat apa-apa sahaja tanpa asbab , berlawanan dengan asbab dengan asbab. sebagaimana kisah kejadian Adam as tanpa asbab ibubapa. Nabi Isa as d lahirkan tanpa bapa , ini berlawanan dengan asbab dan kita ini di lahirkan dengan ibubapa dengan asbab. Burung ada kepak boleh terbang ; ayam pon ada kepak tapi tak boleh terbang. Dalam neraka banyak api tapi gelap gelita ; tapi dalam kubur orang beriman terang walaupon tiada api. kerana yg beri terang ; bukanlah matahari , bukanlah bulan , bukanlah api , tapi yang beri terang adalah Allah . . . Laailahaillallah.

Allah swt telah hantar manusia ke dunia ini dan telah tetapkan bahawa kejayaan manusia hanyalah dalam agama. Nak kejayaan di dunia ; kejayaan di akhirat . . . semuanya dalam agama. selain daripada agama bukanlah kejayaan ; walaupon nampak seperti kejayaan . . . bahkan walaupon seluruh manusia memanggilnya kejayaan. Seorang yg kaya raya . . . yang jika di susun kekayaannya menjulang kelangit . . . berwajah cantik . . . di puja-puja manusia . . . terkenal . . . tapi dia mati . . . tinggalkan dunia ini dalam keadaan tak bawa iman yg sohih . . amalan yg soleh maka bau syurga pon dia tak dapat. tapi jika seorang yg miskin , hina , wajah yg hodoh . . . tak di kenali ; tapi jika dia mati dengan bawa iman yang sohih . . . amalan yang soleh . . . maka dia akan berjaya. Lalu . . . orang kaya . . . miskin . . . cantik hodoh . . . dipuja dihina . . . jika orang itu jadikan agama sebagai maksud hidup dia . . . maka orang ini akan berjaya. InsyaAllah.

Iman adalah satu perkara yg sangat berharga. seorang yg beriman lebih bernilai dari seluruh orang kafir di mukabumi ini. Iman sebesar zarah..Allah swt akan beri ganjaran syurga 10kali ganda dunia ini. Seorang yg di akhir kalamnya ucap Laailahaillallah maka wajib syurga baginya. Barangsiapa yang ucap Laailahaillallah maka gugurlah dosa-dosanya seperti runtuhnya bangunan akibar banjir. Kalimah Laailahaillallah jika di letakkan di sebelah neraca dan di sebelah neraca lagi ialah dunia dan seisinya maka kalimah Laailahaillah lebih berat lagi. Harini manusia tahu nilai emas . . . nilai duit . . . nilai dunia tapi tak tahu nilai Iman. Manusia akan usaha untuk dapatkan sesuatu bila tahu nilainya . . . siangmalam pagi petang usaha atas dunia sebab tahu nilai dunia. tapi berpuluh-puluh tahun hidup tak ada usaha pon atas iman . . . kenapa? sebab tak tahu nilai..jadi tak usahalah . . . 

Lalu . . . ulama beritahu bagaimana untuk kita  usaha atas Iman . . . kita perlu guna 4 pancaindera kita ni. mata , telinga , mulut , fikir . . . 4 perkara ni umpama 4 pintu bagi hati kita. Apa yg kita lihat . . . apa yg kita dengar . . . apa cakap . . . apa yg kita fikir . . . ini semua akan masuk kedalam hati kita. Setiap perkara yg kita lihat . . . kita dengar . . . kita cakap . . . kita fikir . . . perlu nafi makhluk . . . dan isbat Allah swt. Contohnya . . . bila nak makan . . . betulkan hati kita . . . bukan makanan yg beri kenyang yg beri kenyang ialah Allah . . . makanan pon perlukan perintah Allah untuk beri kenyang . . . bukan air yg hilangkan haus  . . yang menghilangkan haus ialah Allah. Bukan ubat yang menyembuhkan penyakit . . . yang menyembuhkan penyakit ialah Allah. Ulama beritahu kita perlu sentiasa "nafi dan isbat", jika tidak . . . lama kelamaan kebesaran makhluk . . . keyakinan pada makhluk akan masuk dalam hati kita. Amalan doa adalah cara yang Nabi saw ajar. walaupon Nabi saw hanya makan kurma dan air sahaja . . . tapi doa lps makan(segala puji bagi Allah . . . yg telah beri makanan). Nabi saw ajar . . . Allah yg beri makanan bukan kerja kita yg siangmalam pagi petang tu yang beri kita makanan. Jika kita tak nafi ; apa akan jadi pada kita? dari kecil kita lihat , fikir bapa yg beri duit pada ibu kita. atau ibubapa kita kerja dapat duit gaji. kita nak beli barang . . . tokey kedai akan tanya ada duit tak? tak da duit tak boleh beli . . . tak da duit tak ada barang . . . maka jadilah kefahaman kita bahawa dengan duit kita akan boleh dapat segala-galanya . . . kita boleh beli . . . kita boleh dapat barang . . . duit adalah penyelesaian semua masalah . . . berpuluh-puluh tahun kita fikir dan faham macam tu. Ini keyakinan yang salah . . . faham yang salah. agak-agaknyalah . . . jika saya mati dalam keadaan yakin begini "duit boleh dapat boleh buat segala-galanya". . . agaknyalah . . . dapat tak ucap kalimah syahadah di akhir kalam . . . sebab apa yang ada di hati . . . itu keluar d mulut . . . apa yang keluar di mulut . . . itu yang ada di hati. nauzubillahhiminzalik.

Apabila kita baling bola pada dinding ; maka bola akan kembali kepada kita. lagi kuat kita baling ; lagi kuat bola melantun kembali kepada kita. begitu juga dengan dakwah. Untuk dapat hakikat kalimah iman ini. Maka kita perlulah dakwahkannya. Beritahu orang lain akan kelebihan . . . ganjaran . . . kejayaan yang akan seorang itu akan peroleh dari kalimah iman ini. Dakwah tentang nilai-nilai Iman. beritahu dengan adanya iman , manusia akan berjaya. tanpa iman manusia akan sengsara. Manafaat dakwah awalnya adalah untuk diri sendiri . . . ini janji Allah.

Seluruh Nabi-nabi , sejak dari Adam as hinggalah Nabi Muhammad saw . . . di utuskan atas perkara ini. Laailahaillallah. Ajak . . . Seru manusia kepada Allah. Kepada pencipta kita. Nabi saw telah di susahpayahkan atas perkara ini. Para sahabat ra telah d syahidkan atas perkara ini. Mereka telah gunakan diri , harta , masa untuk sebarkan kalimah ini. Untuk betulkan yakin manusia. Dari yakin makhluk kepada yakin 100% hanya pada Allah. Hari ini kita dengan senang-senang sedang menikmati Iman hasil susahpayah janda-janda dan yatim-yatim para sahabat ra. Ulama beritahu ; melalui dakwah . . . iman meningkat , iman terpelihara , amal bertambah , hidayah tersebar. InsyaAllah. 

Satu ketika Jibril as telah bertanya pd Nabi saw,"wahai Muhammad . . . siapa yang lebih mulai dikau atau agama ini?". . . maka jawab Nabi saw,"sesungguhnya agama ini lebih mulia kerana . . . aku telah di susahpayahkan untuk agama ini". Allah swt telah beli diri ..harta ..masa orang yg beriman dengan Syurga. Ini perniagaan yang paling menguntungkan . . . sedangkan diri . . . harta masa kita ni pon sebenarnya milik Allah. Allahhuakhbar . . . InsyaAllah sedia? guna diri . . . harta masa di jalan Allah? sedia InsyaAllah ! Usaha bermati-matian untuk Agama , hingga mati untuk Agama. Allahhuakhbar!!!

Bila kita nak sesuatu . . . mintalah hanya pada Allah. Nak Iman juga minta pada Allah. Minta macam fakir. Merayu . . . tahap kelaparan yang amat dahsyat. Berhari-hari tak makan . . . apa akan jadi? rayu sungguh-sungguh bukan? menghinakan diri . . . merendahkan diri . . . Maka kita ni ; perlu jadi fakir iman , minta pada yang Maha Kaya . . . Allah . . . . ya Allah . . . ya Allah. Kasihanilah saya ya Allah. Perbetulkan Iman saya ya Allah . . . Peliharalah iman saya ya Allah . . . Matikan saya dengan Iman yang sempurna padaMu ya Allah. Yakinlah , kita tak minta pon Allah beri . . . jika minta? lagi-lagi Allah beri . . . aamiin ya Allah.

InsyaAllah . . . 

Thursday, 29 November 2012

6 Pesanan Untuk Wanita Dari Ulama.



بسم الله الرحمن الرحيم


6 Pesanan adalah merupakan sebahagian dari tugas wanita dalam usaha dakwah. Aktiviti 6 pesanan menghidupkan suasana agama di dalam rumah. Kaum lelaki pula berusaha menghidupkan suasana agama di luar rumah. Kedua-dua bentuk usaha tersebut jika di usahakan dengan ikhlas dan mujahadah, InsyaAllah akan mendatangkan kesan yang baik kepada diri mereka, anak-anak dan jiran tetangga. Mauhul yang diujudkan akan mempengaruhi umat kembali ke pangkuan agama.

6 Pesanan.
1.      Bersolat di awal waktu
2.      Taalim wa Taalum
3.      Berzikir pagi dan petang serta membaca AI~Quran
4.      Mendidik anak secara sunnah.
5.      Hidup cara sederhana ( cara sunnah Rasulullah)
6.      Menggalakkan dan menyediakan keluarga keluar ke Jalan Allah.


________________________________________________________


Berikut adalah pesanan yang disampaikan khusus menyentuh usaha untuk kaum wanita dalam usaha dakwah. lanya disampaikan oleh orang lama di Nizamuddin, Bhai Abdul Halim.

• Kaum wanita hendaklah berusaha menghidupkan tabiat dalam menyelesaikan apajua masalah adalah melalui amalan. laitu solat dan doa serta amalan-amalan yang di ajar oleh Rasulullah SAW. Menyelesaikan masalah melalui perantaraan amaal bukan mal( harta ).

• Kaum wanita hendaklah memastikan semua penghuni di dalam rumahnya terlibat di dalam USAHA taklim yang meliputi :
a. Taklim kitabi
b. Muzakarah 6 sifat para sahabat Rasulullah SAW.

• Wanita-wanita hendaklah mentertibkan diri untuk menggunakan masa yang lama-lama dalam beribadat ( solat-solat sunat, berzikir, membaca Al Quran dan berdoa ) kepada Allah SWT.

• Kaum wanita hendaklah melapangkan masa khusus daiam usaha memberikan tarbiyah kepada anak-anak Ielaki dan perempuan.

• Wanita-wanita hendaklah memastikan kehidupan mereka serba sederhana seperti kehidupan mulia Ummul mukminin rhm yang telah di didik oleh Rasulullah SAW. Kehidupan itu hendaklah di jadikan model untuk diikuti dengan sebaik-baiknya.

• Kaum wanita patutlah mengetahui dan menguruskan tertib masa danharta kaum lelaki untuk ke luar ke jalan Allah dalam usaha tempatan dan usaha luar.

• Kaum wanita hendaklah menghidupkan sunnah Rasulullah SAW di rumah masing-masing baik sunnah Zahiriah ( makan,pakai,kenderaan,berkeluarga dan rumahtangga ) dan Batiniah ( fikir Nabi SAW ), percakapan , akhlaq , ibadat dan Iain-lain amalan soleh.

• Kaum wanita hendaklah bersungguh-sungguh mengujudkan suasana madrasah atau mauhul dengan mendakwahkan fadhail-fadhail amal. Wanita juga hendaklah menjadi dai'-dai' agama Allah.


________________________________________________________


Berikut adalah fadhail-fadhail yang berkaitan dengan 6 pesanan. Bagi setiap pesanan di nyatakan beberapa fadhail. Nilai yang diletakkan pada pesanan tersebut menunjukkan kepentingan setiap pesanan tersebut.


Pesanan pertama - Bersolat di awal waktu dan galakkan mahram solat di masjid.

1. Rasulullah saw bersabda : Allah swt telah berfirman bahawa Dia telah memutuskan akan menyelamatkan dari azab neraka orang yang mengadapNya dengan solat 5 kali sehari semalam pada waktu-waktu yang
ditetapkan dengan ikhlas, kusyuk dan wudhuk yang sempurna.

2. Rasulullah saw bersabda : Solat pada awal waktunya adalah amalan yang paling baik.

3. Rasulullah saw bersabda : Solat pada awal waktu adalah amalan yang paling digemari oleh Allah swt.

4. Daripada ibnu Mas'ud r.a katanya; aku telah bertanya kepada Rasulullah saw : Apakah amalan yang lebih dicintai oleh Allah swt ? Jawab Rasulullah saw : Solat pada waktunya.

5. Barangsiapa menjaga solat pada awal waktu :
Maghrib : Apa-apa hajatnya akan dikabulkan oleh Allah SWT.
Isya       : Diberi nuur didalam kubur dan di hari kiaroat
Subuh    : Diberi kelepasan dari api neraka dan sifat munafik.
Zohor    : Dikeluarkan dari dosanya sebagai bayi yang baru lahir.
Asar      : Diharamkan jasadnya dari api neraka.
~ Jawaharil mauhub

Pesanan kedua ~ Taalim wa Taalum.

1. Abu Hurairah r.a berkata : Jika nama Allah swt disebutkan di sesebuah rumah maka cahaya rumah yang terang benderang itu akan menyilaukan pandangan-pandangan penduduk-penduduk langit ; sebagaimana
bintang-bintang dan cahayanya menyilaukan penduduk bumi.

2. Rasulullah saw bersabda: Tidak ada jemaah yang duduk sambil berzikrullah melainkan:
a. Dikerumuni mereka oleh para malaikat
b. Diliputi mereka dengan rahmat
c. Diturunkan ke atas mereka ketenangan
d. Di sebut mereka oleh Allah swt di hadapan majlis para-para malaikat.

3. Diriwayatkan di dalam sebuah hadis bahawa serombongan malaikat-malaikat memang ditugaskan berjalan ke sana kemari mencari-cari majlis zikrullah. Manakala mereka melihat majlis zikrullah sedang di adakan mereka akan memanggil-manggil rakan-rakan mereka : Datanglah ! di sini maksud kamu akan tercapai.

4. Rasulullah saw bersabda : Orang-orang yang berkumpul untuk berzikrullah hanya dengan tujuan untuk mendapat keredhaan Allah maka satu malaikat akan berseru dari langit bahawa : Dosa- dosamu telah diampunkan dan segala kejahatanmu telah digantikan dengan kebaikan.

5. Rasulullah saw bersabda : Terdapat kamar-kamar yang teristimewa di dalam syurga yang dibina dengan mutiara dan tiang-tiangnya dari batu zamrud. Pintu-pintunya terbuka di setiap penjurunya. Kamar-kamar itu
bergemerlapan menyilaukan mata seperti bintang-bintang yang terang benderang. Yang ditempatkan di kamar-kamar itu ialah ;
a.      Orang yang berkasih sayang kerana Allah
b.      Orang yang berkumpul di satu tempat kerana Allah
c.      Orang yang bertemu antara satu dengan yang lain kerana Allah.


Pesanan ketiga ~ Berzikir serta membaca Al-Quran

Berzikir ;
1. Rasulullah saw bersabda ; Allah berfirman : Hendaklah kamu mengingati Aku selepas solat asar dan selepas solat subuh nescaya aku akan mencukupi kamu antara keduanya.

2. Dan sebutlah nama tuhanmu dengan : merendah diri rasa takut tidak mengeraskan suara di waktu pagi dan petang. Dan janganlah kamu termasuk dikalangan orang yang lalai. ( Surah Al'Arf : 205 )

3. Abu Darda' r.a berkata : Bahawa orang yang lidahnya sentiasa sibuk dengan zikrullah akan memasuki syurga sambil tersenyum-senyum.

4. Zikir adalah akan menyebut-nyebut nama orang yang berzikir itu dikeliling Arash llahi.

5. Zikir akan menyebabkan terbinanya rumah di dalam syurga. apabila hamba itu berhenti berzikir, para malaikat pun akan berhenti membina rumah itu.Manakala mereka di tanyakan : Mengapa kamu berhenti membina rumah itu ? Dijawab : Perbelanjaannya belum lagi tiba.

Membaca Al-Quran ;
1. Abu Hurairah r.a. berkata : Rumah-rumah yang AI-Quran dibacakan:
a. Ahli rumah itu bertambah
b. Rahmat berlipat ganda
c. Malaikat mengerumuni mereka
d. Syaitan akan meninggalkan rumah itu.

2. Barangsiapa membaca AI-Quran ; bagi setiap huruf yang dibaca di catitkan : 100 rahmat jika dia membaca dalam solat kedudukan berdiri 50 rahmat jika dia membaca dalam solat sambil duduk 25 rahmat jika dia membaca AI-Quran dalam ada wudhuk di luar solat 10 rahmat jika dia membaca Al-Quran tanpa wudhuk. 1 rahmat jika dia mendengar bacaan Al-Quran dengan berhati-hati.

3. Rasulullah saw bersabda : Barangsiapa mendengarkan satu ayat Al-Quran akan dituliskan baginya satu kebaikan yang dilipatgandakan dan barangsiapa membacanya (satu ayat) ia akan menjadi Nur baginya di
hari Kiamat.

4. Rasulullah saw bersabda : Hendaklah kamu membaca Al-Quran kerana Al-Quran akan datang di akherat nanti memberi syafaat kepada pembacanya.

5. Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya hati-hati manusia akan berkarat sebagaimana besi dirosakkan oleh air. Sahabat bertanya : Ya Rasulullah , bagaimana cara untuk membersihkannya kembali ? Rasulullah saw
bersabda : Banyak mengingati maut dan membaca Al-Quran


Pesanan keempat ~ Mendidik anak secara sunnah.

1. Firman Allah swt : Katakanlah hai Muhammad! ( pada umatmu ) Kalau kamu benar-benar mencintai Allah, ikutlah daku( sunnahku ) ; kemudian Allah akan menyintai kamu dan Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan Allah Maha Pengampun dan Penyayang. Oleh yang demikian adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik anak-anak menyintai Allah dengan dibuktikan kehidupan mereka mengikuti sunnah
Rasulullah saw. Jangan sampai mereka terjebak dalam kehidupan Yahudi, Nasrani atau Majusi. Kita hendaklah berusaha , menjadikan anak-anak kita alim dan alimah akan sunnah-sunnah Rasulullah saw.

2. Sabda Rasulullah saw : Seorang isteri adalah pemimpin rumahtangga suaminya dan anak-anaknya dan dia bertanggungjawab ke atas mereka.

3. Sabda Rasulullah saw : Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak semasa kecil adalah seperti sesuatu yang terpahat pada batu.

4. Sabda Rasulullah saw : Sesiapa yang cinta kepada sunnahku sesungguhnya dia itu cinta kepadaku dan dia akan bersamaku di dalam syurga.

5. Sabda Rasulullah saw : Ajarkanlah sunnahku kepada manusia nescaya kamu akan datang di hari qiamat dengan wajah yang bercahaya. Maka akan gembira melihatmu orang yang terdahulu dan akan datang.

Imam Ghazali rah berkata : Hendaklah kaum muslimin mendidik dan memberi perhatian dalam penghayatan sunnah Rasululah saw dalam semua perkara termasuk tabiat kehidupan harian baginda seperti cara makan,
minum dan tidur Rasulullah saw. lanya adalah kunci sa'adah.


Pesanan ke lima - Hidup sederhana ( cara sunnah Rasulullah saw )

1. Rasulullah saw bersabda : Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat yang dahulu. Para sahabat ra bertanya: Apakah penyakit itu ya Rasulullah saw ? Jawab Rasulullah saw: Penyakit-penyakit itu ialah:
a. terlalu banyak seronok
b. terlalu mewah
c. menyimpan harta sebanyak mungkin
d. tipu menipu dalam mengumpul harta dunia.
e. saling marah-memarahi
f. dengki mendengki hingga menzalimi.

2. Rasulullah saw bersabda : Sesiapa yang meresap cinta dunia akan terikat hatinya kepada :
a. kesibukan yang tidak pernah terlepas
b. angan-angan yang tidak pernah sampai
c. kerakusan yang tidak pernah cukup

3. Kata Saidina Umar r.a : Rasulullah saw telah merakamkan satu darjah kehidupan yang mesti aku ikuti. Rasulullah saw dan Abu bakar r.a.dan aku adalah ibarat 3 orang musafir yang menggunakan jalan yang sama. Yang pertama telah sampai ke tempat yang ditujuinya. Begitu juga musafir yang kedua. Yang ketiga sekarang dalam perjalanannya kalau saya tidak menempuhi jalannya yang terdahulu, sudah tentu saya tidak
akan sampai ke tempat yang ditujui mereka.

4. Pesan Rasulullah saw kepada Siti Aishah r.ha : Andai kamu ingin bersama denganku di akherat kelak, hendaklah kamu berpuashati dengan keperluan dunia yang hanya mencukupi seorang musafir di perjalanan.
Jangan kamu duduk dengan orang kaya dan jangan anggap pakaianmu tidak berguna hingga kamu menampalnya.

5. Pada suatu hari Rasulullah saw berkunjung ke rumah Siti Fatimah r.ha dan melihat anaknya itu sedang menujukkan gelang emas baru nya kepada seorang wanita tetangganya sambil berkata : " Gelang aku ini
baru dibeli oleh Abu Hassan ( Saidina Ali ra )"  . Wajah Rasulullah saw terus berubah dan segera baginda pulang sambil berkata : " Hai Fatimah ! adakah kau suka mendengar ucapan orang: Puteri Rasulullah mempunyai gelang api di tangannya? " Fatimah r.ha dengan segera menjual gelang itu dan membeli seorang hamba serta membebaskan hamba itu. Fatimah r.ha kemudian pergi berjumpa Rasulullah saw dan menceritakan tindakannya itu. Dengan wajah yang berseri-seri kegembiraan di atas kearifan tindakan dan keta'atan anaknya baginda bersabda : Segala puji bagi Allah yang telah melepaskan Fatimah dari api neraka."


Pesanan ke enam - Menggalakkan dan menyediakan keluarga keluar ke Jalan Allah.

Jika kita meneliti lembaran sejarah dapat kita lihat betapa para sahabiah memiliki jazbah ( semangat ) yang sukar kita ikuti. Kecintaan mereka kepada Allah dan Rasul dan berjihad di jalanNya mengatasi segala -galanya. Mereka memiliki hakikat kefahaman bahawa diri mereka , diri suami mereka dan diri anak-anak mereka serta harta benda TELAH dibeli oleh Allah untuk digantikan dengan syurgaNya. ( ayat al quran )
.Mereka amat yakin dengan janji-janji Allah bagi mereka yang berjihad. Mereka amat yakin segala fadhilat ( lihat fadhilat jihad fisabilillah ) yang diperolehi oleh suami-suami mereka yang berjihad akan juga tercatat dalam buku amalan mereka. Maka tidak hairanlah apabila mereka berlumba-lumba menggalakkan suami dan ahli keluarga mereka untuk berjihad ke jalan Allah walaupun mereka tahu mereka mungkin menjadi janda dan anak-anak menjadi yatim. Keimanan mereka yang kukuh dan keyakinan yang teguh dengan kehidupan akherat membuatkan mereka tabah dan menerima berita kesyahidan suami. bapa-bapa, saudara mara dan
anak-anak mereka dengan ucapan Alhamdulillah !

1. Ahliah Ammar bin jamooh r.a telah menggalakkan suaminya yang tempang untuk pergi berjihad kerana dia mengharapkan untuk menjadi isteri seorang syuhada.

2. Khansa r.ha telah membaca bait-bait syair untuk membakar semangat anak-anak lelakinya agar mereka terjun dengan penuh keberanian ke medan perang.

3. Ummu Ammarah r.ha telah menggalakkan suaminya dan dua orang anak lelakinya untuk berjihad di medan Uhud.

4. Ummu Haram r.ha telah pergi berjihad di samping suaminya ke Cyprus dan menjadi syaheedah.

5. Asma r.ha telah memberi kata-kata semangat kepada anaknya Abdullah bin Zubair untuk pergi berjihad.

6. Ummu Hakim r.ha telah pergi berjihad disamping suaminya ke Syria dan dia sendiri berjaya membunuh 7 orang tentera Romawi.

7. Ummu Salim r.ha telah pergi berjihad bersama suaminya ke Hunain walaupun dia sedang mengandung.


wallahhualam. moga kita sama2 dapat jadikan ikhtibar,amalkan dan
sampaikan. InsyaAllah.

Sunday, 25 November 2012

Tasawwuf : mari berkenalan dengannya!


بسم الله الرحمن الرحيم

~ Dalam kitab Tanwirul Qulub karangan Syekh Muhammad Amin Al-Kurdi hal 404, tasawwuf diterjemahkan sebagai ilmu batin dan ilmu yang paling agung dari ilmu-ilmu yang lain dengan tidak mengecilkan ilmu-ilmu yang ada. Allah telah mengutamakan para hambanya yang ahli tasawwuf setelah kedudukan para Rosul dan para Nabi-Nya. Allah telah menjadikan hati mereka sebagai gudang–gudang rahsia dan telah mengkhususkan mereka diantara umatnya untuk menerbitkan cahaya-cahaya Ilahiyah. Dimanapun mereka berada hatinya selalu bersama Allah.

~ Imam Syafi’i selalu hadir di majlis tasawwuf. Beliau mengatakan perlu bagi ahli fiqih untuk mengetahui istilah-istilah tasawwuf agar membawa manfaat dari ilmu yang tidak ada dalam dirinya. Imam Syafi’i dan Imam Ahmad bin Hambali bolak-balik menghadiri dan mengikuti majlis dzikir tasawwuf. Mereka berdua ditanya: “Apa yang kalian berdua lakukan, bolak balik kegolongan orang-orang yang bodoh itu?”. Mereka menjawab: “Sesungguhnya mereka yang menamai golongan tasawwuf itu telah memiliki puncak segala urusan dan dia itu bertaqwa pada Allah, mencintai Allah dan mengenal Allah.

~ tarikat adalah amalan orang sufi yang kemudian dipanggil ahli tasawwuf

~ Syarat belajar tasawwuf:
1. Zahid . . . tidak mengambil yang berlebihan dari dunia
2. Ilmu . . . mempelajari ilmu2 syariat, yang membaikkan zahir
3. Tawakkal . . . disini memandai mengetahui hanya Allah tempat bergantung
4. Yakin . . . Dengan keyakinan itulah ia akan berpegang kepada perkara yang sebenarnya dengan tiada syak pada Allah dan Rasul atas jalan putus sekira-kira gholib atas hatinya dan jadilah segala yang ghaib itu seperti dilihatnya. Maka diketahui dengan perasaannya bahawasanya Allah Taala tiada menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadat kepadaNya.

~ Islam adalah ilmu, amal & Iman
Ilmu dan amal, ada yang berbentuk lahiriah dan ada yang berbentuk
batiniah atau rohaniah.
Iman adalah persoalan aqidah atau ketuhanan.

~ Tasawwuf itu tergolong pada 4 :
Syariat
Tarekat
Hakikat
Makrifat

1. Syariat :
Ini adalah ilmu sama ada ilmu bagi amalan, lahir (fiqah) atau ilmu
bagi amalan hati (tasawwuf). Ini adalah langkah pertama dalam tertib beramal. Ia melibatkan ilmu tentang peraturan, hukum-hakam, halal haram, sah batal dan sebagainya. Ilmu perlu dalam beramal. Tanpa ilmu,kita tidak tahu macam mana hendak beramal mengikut cara yang Tuhan mahu. Kalaupun kita sudah cinta dan takut dengan Tuhan dan kita terdorong untuk menyembah-Nya, kita tidak boleh berbuat demikian ikut sesuka hati kita atau ikut cara yang kita cipta sendiri. Tuhan tidak terima, kita mesti ikut cara yang ditetapkan oleh Islam, kita mesti belajar. Amalan tanpa ilmu itu tertolak. Ilmu atau syariat ini ibarat biji benih.

2. Tariqat :
Ini adalah peringkat menghidupkan ilmu menjadi amalan sama ada amalan lahir mahupun amalan hati secara istiqamah dan bersungguh-sungguh. Ilmu (syariat) yang ada perlu dilaksanakan. Ini dinamakan juga tariqat wajib dan ia tidak sama maksudnya dengan tariqat sunat yang mengandungi wirid-wirid dan zikir-zikir yang menjadi amalan sesetengah pengamal-pengamal sufi. Tariqat ini ibarat kita menanam biji benih tadi (syariat) hingga ia bercambah, tumbuh dan menjadi sebatang pokok yang bercabang dan berdaun.

3. Hakikat :
Hakikat adalah buah. Selepas kita ada syariat, kemudian kita amalkan
syariat itu hingga ia naik ke peringkat tariqat, yakni ia menjadi
sebatang pokok yang bercabang dan berdaun, maka kalau cukup
syarat-syaratnya maka pokok itu akan menghasilkan buah. Buah tariqat adalah akhlak dan peningkatan peringkat nafsu atau pencapaian maqam-maqam mahmudah. Boleh jadi ia menghasilkan maqam sabar, maqam redha, maqam tawakkal, maqam tawadhuk, maqam syukur dan berbagai-bagai maqam lagi. Boleh jadi hanya terhasil satu maqam sahaja (sebiji buah sahaja) atau boleh jadi akan terhasil beberapa maqam yang berbeza dari satu pokok yang sama. Hakikat adalah perubahan jiwa atau perubahan peringkat nafsu hasil dari syariat dan tariqat yang dibuat dengan faham dan dihayati.

4. Makrifat :
Ini adalah hasil dari hakikat, iaitu hal-hal hakikat yang dapat
dirasai secara istiqamah. Ia adalah satu tahap kemajuan rohaniah yang tertinggi hingga dapat benar-benar mengenal Allah dan
rahsia-rahsiaNya. Orang yang sudah sampai ke tahap ini digelar Al-Arifbillah .

sekian sahaja pengenalan tentang Tasawwuf. Moga kita sama-sama dapat manafaat . . . amalkan dan sampaikan. InsyaAllah.

*note@ chekgu . . . jazakillahhukhaira kak.








Tuesday, 20 November 2012

palestine : hati kita di mana iya?


بسم الله الرحمن الرحيم

Tadi di kelas fiqih mazhab syafie , ustazku yang selama aku belajar dengan dia , memakai serban putih tiba2 dtg kelas dgn serban hitam dan mukanya penuh kesedihan dan matanya cengkung dan lemah . . . salah seorang dari kami bertanya 'maulana nampak cantik hari ni dengan serban hitam' . . . beliau merenung kawanku dengan muka serius dan berkata , 'memakai serban hitam semasa perang hukumnya sunat , Nabi dan sahabat memakai serban hitam semasa perang . . . telah sampai berita kepadaku bahawa saudara kita di palestin sedang dibunuh , dan daku sangat ingin ke sana berjihad bersama mereka , aku tak dapat tidur beberapa hari dan tak lalu makan beberapa hari , aku sangat ingin membantu tapi daku tiada kemampuan , daku jauh disini , maka aku keluar dari rumah hari ini dengan niat jihad , sekiranya ada yang sudi membawaku kesana , sekarang juga aku sedia . . . sebab itu daku memakai serban hitam pada hari ini . . . dengan harapan walaupun aku tak dapat ikut jihad tapi aku sangat berharap di akhirat nanti Allah tidak golongkan aku dalam golongan yang pengecut seperti tikus! aku tidak mahu digolongkan sbg muslim yang tidak pedulikan muslim lain . . . di amerika kalau seekor anjing mati dibakar , seluruh dunia kecoh anggap ia zalim , sedangkan di palestin baby muslim , saudara muslim , ibu muslim , ayah muslim dibunuh sewenang2nya tidak ada yang hiraukan? bagaimana mungkin seorang muslim mampu suapkan makanan dgn tenang dlm mulutnya sdgkan di sana saudaranya dibunuh diseksa?sekarang ni dunia hanya dipenuhi perempuan sebab lelaki2 semua dah jadi pondan! tidak ada LELAKI dalam umat pada hari ini . . .

Note : insan macam ni , kata-katanya baru ada NILAI . . . bukannya kata-kata orang yang share status2 palestin , semangat2 maki2 yahudi tapi dapat makan , minum , tidur dengan tenang . . . ?

*sumber dari sini InsyaAllah.


Wednesday, 14 November 2012

oh ujian oh hujan


بسم الله الرحمن الرحيم

Sebagaimana hujan yang di turunkan oleh Allah memberikan banyak manafaat kepada bumi dan kehidupan di atas muka bumi ; begitu juga ujian yang diberikan oleh Allah kepada kita akan mendatangkan banyak manafaat kepada kita sendiri.

Melalui hujan yang di turunkan Allah maka seluruh makhluk sepertinya mendapat "nafas". Tumbuhan mendapat manafaat. Haiwan mendapat manafaat. Kita turut mendapat manafaat. Begitu juga dengan ujian yang Allah berikan kepada kita. Kepada hambaNya. Melaluinya kita akan menjadi lebih dekat dengan Allah. Kita akan menjadi lebih sabar. Kita akan menjadi lebih dewasa. Kerana . . . ujian demi ujian itu merupakan guru-guru yang baik kepada kita. Guru yang mendidik jiwa. Ia . . . mendidik jiwa agar menjadi hamba. Hamba yang sentiasa memburu redha Penciptanya.

Antara kita sedar atau tidak . . . hujan adalah rahmat ; begitu juga dengan ujian. Ia . . . ujian adalah rahmat. Menghidupkan jiwa-jiwa yang gersang. Bukan gersang dengan "kegembiraan" dunia tapi gersang dari rasa kasih . . . cinta . . . pada Penciptanya. Jiwa yang gersang tanpa rasa sebagai hamba.



Lalu . . .

Sebagaimana turunnya hujan sebagai tanda kasih Rabb kepada makhlukNya. Sama ertinya kepada ujian juga. Allah telah berikan ujian sebagai tanda sayangNya pada hambaNya. Walaupon secara zahirnya kita terasa sakit . . . derita . . . kecewa . . . namun ini semuanya agar kita ini kembali kepadaNya. Merayu . . . merintih . . . mengadu . . . bermanja-manja kepadaNya. Mengadu tentang kelemahan kita. Mengadu tentang ketidakupayaan kita. Mengadu tentang betapa lemahnya kita. Mengadu tentang kurangnya itu. Mengadu tentang kurangnya ini.

Ah . . . Bukankah seorang kekasih hanya mengadu kepada yang di kasihinya.

Dan dengan rahmatNya setiap kekusutan dileraikan. Bukankah ini salah satu dari tanda kasih sayangNya pada kita? Dia yang memberikan ujian . . . cuma perlu mengharap dengan merendahkan sedikit diri . . .  semuanya selesai. Semuanya beres. Masih tidak mengerti dan bersyukurkah kita? Mengapa perlu mencari hamba tika ditimpa ujian? Mengapa tidak kita serahkan sahaja kepada Pemilik ujian? Ujian dariNya . . . penyelesaian ujian juga dariNya. Setiap ujian itu . . . bukan lagi ujian . . . bila Allah sentiasa ada bersama kita. Laailahaillallah.

Failallahhilmushtaka . . . hanya kepada Allah tempat mengadu.

Disetiap kesusahan . . . kesakitan . . . mujahadah yang kita alami. Dihujungnya ada kegembiraan. Ada kebaikan. Ada kebahagiaan Andai kebahagiaan itu tidak kunjung ketika di dunia . . . yakinlah ia sedang menunggu d akhirat. Allah tidak pernah sekali-kali menzalimi hambaNya. Yakinlah!!
Wallahhualam.








Sunday, 21 October 2012

umpama 50¢?


بسم الله الرحمن الرحيم

* 50¢ je? 
Iya . . . betul . . . umpama 50¢ je! malah kurang dari itu . . .
Hmmm . . .


Pada suatu hari ( *skema habis ayat . . . erk! ) kita telah pergi ke kedai kereta dengan membawa duit sebanyak  50¢ untuk membeli sebiji kereta Mercedes baru. Wahaha . . . 50¢? Iya 50¢. Untuk beli kereta Mercedes baru.

Malu-malu kita nak serahkan duit 50¢ tu pada tokeh kedai kereta tu. Maklumlah hajat nak beli kereta Mercedes baru tapi bawak duit 50¢ je. Memang patutpon malu.

Tapi yang hairan bin ajaibnya... tokeh kedai itu telah melayan kita dengan baik sesangat.

"Alhamdulillah!!! Ahlan wasahlan!!! Ahlan wasahlan!!! selamat datang!!!."
"50¢ Waahh!!! banyak nyer duit kamu untuk beli kereta mercedes ni." 
*Tokeh kedai kereta senyum sampai telinga. \(^_^)/

Allahhuakhbar!! huhu . . . bayangkan bawa duit 50¢  tapi boleh dapat bawa balik kereta Mercedes baru. Siapa sangka.


Begitulah keadaan kita ini nanti. Di akhirat kelak. Kesusahan, kesulitan, keperitan yang kita alami di dunia ini adalah cuma umpama 50¢ yang akan di gantikan kereta Mercedes baru!!! Segala yang kita lalui di dunia ini nak di bandingkan dengan redha Allah. Jauh lebih besar. Jauh lebih besar lagi.

Oleh itu hendaklah kita sentiasa bersabar di atas jalan dakwah ini. Kita perlu yakin bahawa di setiap kesusahan yang kita alami ada nilainya di sisi Allah swt. Kesulitan yang kita lalui ada ganjarannya dari Allah swt. 

Apabila mengalami waktu-waktu yang sukar. Banyak mengadu dengan Allah. Hasbunalllah wanikmalwakeel.
"Ya Allah,bantulah saya. Ajarlah saya. Saya tak pandai ya Allah."

Selalu pujuk hati; kesusahan yang kita alami jika hendak di bandingkan dengan kesusahan Nabi saw dan para sahabat rhm. 
Bagaimana? 
hmm . . . *malu lagi.





InsyaAllah. Moga kita sama-sama dapat ambil ikhtibar,amalkan dan sampaikan.
* note bayan Kyai Uzairon.










Saturday, 23 June 2012

A new Muslim and his mother.


بسم الله الرحمن الرحيم

The following is a touching story about a new Muslim and his mother. 

Before he was a Muslim, he lived with his mother until he was about 18 years old. Then he moved out of his home and lived in a different place on his own. 

During those days, he met some Muslims and became a very close friend of them. Eventually he himself became a Muslim after learning about the beautiful religion of Islam from them. He made an effort every day to learn more and more about Islam. 

One day, he came to learn about the benefits of being good to one's parents. He learned that a person who looks at his parents with the eyes of obedience gets the reward of one accepted Hajj! (The reward is mentioned in an authentic hadith of Sahih Muslim). 

After knowing this, he decided to visit his mother whom he did not visit for many years. He bought some flowers and fruits for her on his way. 

His mother was very pleased to see him after so long. He started spending lots of time with his mother on a regular basis. During his visits, he would stare at his mother and tears would roll down from his eyes. 

The mother noticed this happening many times and asked him one day the reason why he visits her so much all of a sudden and why he cries. He told her about how he became a Muslim and that the position of a mother in Islam is very high. He also told her about the reward he gets for looking at her. But while looking at her, he cries because the mother is not a Muslim and would not be able to save herself if she dies in this state. The mother immediately recognized the beauty of Islam and became a Muslim.Subhanallah...!!!

*sumber : kat sini InsyaAllah.





Wednesday, 23 May 2012

Nasihat al-Habib Ali al-Jufri kepada remaja.


بسم الله الرحمن الرحيم

Persoalan : Remaja zaman sekarang ini mereka ada yang bersolat tapi melakukan perkara yang pelik . . . ada yang cium sana sini . . . mata meliar . . . masuk "net" tengok macam-macam . . . Iman mereka lemah . . . penuh dengan godaan dan celaan pada remaja ini.


Nasihat al-Habib Ali al-Jufri :

  • Penyesalan yang mereka rasa dalam diri mereka ( lemah dalam ujian ), kemudian ingin kembali kepada Allah . . . kemudian kembali semula kepada perbuatan lama, kemudian kembali semula kepada Allah . . .  ini adalah beritan gembira kepada mereka kerana menandakan "Iman kuat di hati mereka". Iaitu mereka sangat menyintai Allah, selama mana mereka menyintai Allah . . . ketahuilah bahawa Allah juga menyintai mereka. "Allah menyintai mereka . . . dan mereka juga menyintai Allah".
  • Demi Allah wahai saudaraku, jika Allah tidak menyintai kamu . . . Dia tidak akan campakkan ke dalam hati kamu satu "perasaan kepedihan". Ini adalah perasaan yang kita rasakan "aku ada melakukan kesalahan".
  • Perkara yang lebih bahaya dari "maksiat" adalah "terus menerus melakukan maksiat".
  • Rasulullah SAW bersabda; "tidaklah dipanggil sebagai orang yang terus menerus membuat dosa dari kalangan orang yang beristigfar sekalipun kembali kepada maksiatnya 70 kali".
  • Jika syaitan itu tidak pernah putus asa untuk memasukkan kamu kedalam Neraka . . . bagaimana kamu boleh berputus asa untuk masuk ke Syurga?
  • Maka pada setiapkali kamu terasa diri menguasai kamu . . . dan syaitan telah merampas kehormatan kamu . . . baliklah ke rumah terus berwuduk, solat 2 rakaat dan dalam sujud, katakanlah . . . "ya Allah . . . diriku menjadi sangat dekat dengan Engkau ketika sujud, tetapi aku mengadu pada Mu segenap jiwa ragaku dan aku memohon pada Mu bawalah hatiku serta diriku kepada Mu sehingga aku dapat merasai kemanisan berhubung dengan Mu sehingga aku berpisah dari maksiat ini. Berdoalah kepada Allah dengan cara yang mampu kamu ungkapkan. berdoalah dengan bahasa yang kamu faham. mengadulah tentang diri kamu kepada Allah. Letakkan dan campakkan diri kamu dihadapan pintu Allah. Ketahuialah jika kamu buat semua ini dengan penuh penyesalan, kejujuran serta berazam tidak akan kembali semula . . . selesai sahaja solat kamu . . . Allah telah mengampun dosa-dosa kamu.
  • Selepas tu, perlulah ambil langkah pencegahan.  Apakah yang membawa kamu ke arah dosa? jauhi mereka yang berkelakuan jahat yang memudahkan kamu membuat jahat/dosa.  Menjauhi mereka selangkah demi selangkah, bukan kerana kesombongan tapi kerana menjaga diri kamu.
  • Sesuatu kewajipan yang ditinggalkan . . . cuba laksanakannya. Sesuatu yang salah dipandangan Islam . . . cuba ubahkannya.
  • Bersambung disini . . . 


Selamat menonton untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut . . . moga bermanafaat buat kita di dunia dan terutamanya di akhirat. InsyaAllah.









Monday, 14 May 2012

Perbincangan Iman Amal (1)

بسم الله الرحمن الرحيم

Kejayaan kita sebagai manusia hanyalah dalam beragama, iaitu sejauhmana kita dapat taat perintah Allah taala dengan cara yang telah d tunjukkan oleh Nabi SAW . . . cara hidup yang lain sedikitpun tidak akan membawa kejayaan pada kita . . . bukan sahaja di dunia ini . . . malah di akhirat kelak.



Allah taala Maha Berkuasa . . . makhluk sedikitpun tiada kuasa . . . siapa makhluk?? selain daripada Allah taala . . . semuanya makhluk. Allah taala tanpa "apa-apa sahaja" mampu "buat apa-apa sahaja" . . . boleh buat . . . tanpa asbab,berlawanan dengan asbab juga dengan asbab.

Tanpa asbab . . . sebagaimana kejadian Nabi Adam As (tanpa ibu dan bapa)
Berlawanan dengan asbab . . . sebagaimana kelahiran Nabi Isa As (tanpa bapa)
Dengan asbab . . . sebagaimana kita semua ni,melalui ibubapa kita.

Walaupun seluruh makhluk berkumpul untuk beri manafaat pada seseorang . . . tapi Allah taala tak izinkan maka dia takkan dapat manafaat . . . dan seandainya jika seluruh makhluk berkumpul untuk beri mudharat pada seseorang . . . namun Allah taala tak izinkan . . . yakinlah sedikitpun tiada berlaku mudharat atasnya. LAAILAHAILLALLAH !!!

Hari ini kita kurang bercakap tentang kebesaran Allah taala . . hingga kebesaran selain Allah taala telah bersarang dalam hati kita. Hati kita ini umpama satu mangkuk . . . jika mau di masukkan air yg bersih, perlu di buang air yg kotor . . .ulama beritahu . . . hari-hari kita perlu cakap tentang kebesaran Allah taala. Maka barulah ia akan masuk dalam hati kita . . Insyaallah.

Manusia . . jika dia tidak di sibukkan dengan perkara yang hak . . . maka dia akan jadi sibuk dengan perkara yang batil. Kita cakap selalu perkara yang hak . . . yang batil akan keluar dalam diri kita.

Dakwah . . . mengajak manusia kepada Allah taala . . . seumpama kita cuci baju . . . yang pertama akan bersih adalah tangan kita. Lalu . . . bila kita ajak manusia kepada Allah taala . . . maka yg pertama terkesan ialah hati kita sendiri . . . diri kita sendiri . . . Insyaallah.

Para Shababat RA faham akan perkara ini . . . DAKWAH . . . ajak manusia kepada Allah taala adalah kerja mereka . . . perniagaan bukan kerja, ini keperluan . . . pertanian bukan kerja, ini keperluan. Sekarang semua manusia faham bila pagi masuk kerja jam 9 . . . keluar jam 5 . . . tapi tak paham . . . "kamu adalah umat yang terbaik,yang mengajak manusia kepada kebenaran . . . melarang keburukan."

Satu ketika Jibril As telah bertanya pada Nabi SAW . . . siapakah yang lebih mulia . . . AGAMA?? atau BAGINDA SAW?? . . . jawab Nabi SAW,"sesungguhnya AGAMA ini lebih mulia dariku, kerana daku telah di susahpayahkan atas AGAMA ini."

Oleh itu . . . kita perlu sediakan diri kita . . . mahram kita untuk buat kerja ini . . . buat DAKWAH niat bukan ISLAH orang tapi diri sendri. Perlu rasa agama lebih bernilai dari segala-galanya . . . lebih penting dari seluruh perkara di dunia ini. INSYAALLAH!!!

Saturday, 28 April 2012

Solat : Nasihat Habib Umar Bin Hafiz



بسم الله الرحمن الرحيم

Solat adalah sebagai hubungan langsung antara seorang hamba dan penciptanya. Dijadikan sejuk mata ini dengan solat. Apabila Rasulullah s.a.w. menghadapi perkara-perkara yang berat, beliau akan solat, menghadap kepada Allah s.w.t. 



Manusia sekarang tidak memahami apakah maksud dan faedah solat. Solat yang tidak kusyuk adalah seperti jasad tanpa ruh. Orang yang memberi hadiah kepada raja seorang hamba sahaya tanpa ruh akan dicaci dan dimaki oleh raja itu kerana perbuatan itu adalah seperti menghadiahkan bangkai semata-mata.

Rasulullah s.a.w. sering mengatakan kepada Bilal Bin Rabah ra, "Ya Bilal! Akim as-salah wa arihna biha" yang bermaksud: "Hai Bilal! Dirikanlah solat dan rehatkan kami dengannya."

'


Ada seorang sahabat yang buta telah berjumpa kepada Nabi s.a.w. untuk meminta disembuhkan matanya. Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu supaya bersabar sahaja dan memberi perjanjian bahawa beliau akan dimasukkan ke dalam syorga. Sahabat itu berkata bahawa dia ingin dimasukkan ke dalam syorga dan juga dicelikkan matanya. Lalu Nabi s.a.w. menyuruh sahabat itu solat dua raka’at dan berdoa, bertawasul kepada Nabi s.a.w. Sahabat itu pun melakukan solat dan bertawasul kepada Nabi s.a.w. dengan mengatakan, “Ya Allah, dengan berkatnya Nabi Muhammad s.a.w., sembuhkan mataku ini.“ Lalu matanya pulih semula.

Ada para malaikat yang diciptakan Allah s.w.t hanya berdiri, rukuk, sujud dan sebagainya sehingga hari kiamat. Kita, umat Nabi s.a.w. dengan hanya dua raka’at sahaja sudah diberi ganjaran yang besar. Nabi s.a.w. dipanggil langsung melalui mi’raj untuk mendapatkan solat lima waktu.



* 6 Syarat Untuk Mendapatkan Solat Yang Kusyuk. 
1. Dengan hati yang hadir: merasa kehadiran hati ketika mengucap kalimah-kalimah dalam solat dan ketika melakukan pegerakan (perbuatan) 
2. Harus memahami semua makna-makna yang dibaca di dalam solat 
3. Hati mesti merasakan ta’zim kepada Allah s.w.t. iaitu penghormatan dan pengagungan terhadap Allah s.w.t. 
4. Mesti rasa haibah iaitu takut terhadap Allah s.w.t. Harus digabungkan perasaan ta’zim dan haibah 
5. Raja’ iaitu harapan kepada Allah s.w.t. Bagaimana bisa diterima solat kita tanpa perasaan raja’ terhadap Allah s.w.t.? 
6. Haya’ iaitu perasaan malu terhadap Allah s.w.t. Kita mesti merasa berkekurangan di sisi Allah s.w.t. 

Orang yang berhati kusyuk dan bercahaya di sisi Allah s.w.t. selalu memiliki hati yang kusyuk di dalam dan di luar solatnya. Kesempurnaan kusyuk dalam solat adalah dengan tidak memikirkan yang lain melainkan kepada Allah s.w.t. Ada seorang sahabat yang was-was ketika solat oleh kerana sangat memikirkan tentang takutnya terhadap Allah s.w.t. di hari kiamat. Para sahabat Rasulullah s.a.w. sangat hebat dalam kusyuk mereka ketika mereka solat.

Dalam suatu peperangan, Syedina Abbas bin Bishair ra sedang ditugaskan untuk menjaga khemah sedangkan sahabatnya sedang tidur. Beliau lalu melakukan solat. Ketika beliau sedang solat ada seorang musuh yang tiba dan memanah beliau dan terkena kepada tubuh beliau. Beliau masih melakukan solat (kerana kusyuk). Lalu beliau dipanah beberapa kali lagi sehingga darah beliau mengalir ke lantai dan mengalir kepada sahabatnya yang sedang tidur itu. Sahabat beliau terbangun dan musuh itu melarikan diri. Sahabat beliau sangat hairan mengapa Syedina Abbas ra tidak batalkan solatnya dan bangunkannya ketika terkena panah yang pertama. Syedina Abbas Ra berkata bahawa beliau sedang sangat kusyuk membaca surah Al Kahfi.



Orang yang solat dengan betul (kusyuk) bisa membuka pintu ma’rifat kepada Allah s.w.t. Hatinya akan mabuk cinta kepada Allah s.wt. Dia hanya akan menyaksikan Allah s.w.t. dan tidak melihat kepada yang lain. Dia akan memandang maksiat sebagai jijik.

Syedina Umar Al Khatab ra berkata bahawa ada ramai orang Islam yang solat dari umur kecil hinggakan tua tetapi tidak diterima Allah s.w.t. walaupun satu solatnya.

Untuk menolong kami mendapatkan solat yang kusyuk, Habib Umar Bin Hafiz nasihatkan supaya ketika masuk ke masjid membaca doa ini: A’uzubillahil Aziim Wa bi Wajhihil Kariim Wa Sultanihil Qadiim Minas syaitanir rajiim Ertinya: Aku berlindung diri kepada Allah yang Maha Agung dan dengan wajahNya yang mulia, serta kekuasaanNya yang tua daripada bahaya syaitan yang terkutuk. (Dipetik dari “Al-Adzkar“ oleh Imam Nawawi terjemahan Syed Ahmad Semait) . Dan ketika hendak memulakan solat membaca Surah An-Nas (supaya kita dihindarkan perasaan was-was.)



Insyaallah,moga kita sama-sama dapat jadikan ikhtibar, amalkan dan  sampaikan.
*sumber : Pondokhabib

Monday, 26 March 2012

Kisah Iyaz : Sesiapa dapat Allah; dia akan dapat segala-galanya . . . kerana segala-galanya milik Allah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Iyaz merupakan seorang hamba yang amat dikasihi oleh Sultan Mahmud Ghaznawi ,ketua negara suatu tempat di Afganistan sekarang ini. Suatu masa dahulu merupakan pusat pemerintahan Islam yang besar. Iyaz ; dia ini sangat-sangat dikasihi oleh Sultan. Allahhuakhbar!

Suatu hari Sultan telah berkeinginan untuk membuka khazanahnya. Mungkin hari yang gembira baginya atau hari keputeraanya. Wallahhualam. Sultan telah menjemput orang-orang kenamaan, seluruh kaum kerabatnya dalam satu majlis dan Sultan telah iklan dengan buat pengisytiharan . . . "Sesiapa yang letak tangan di atas apa-apa sahaja  . . . maka benda itu akan jadi miliknya. *diulang : Benda itu akan jadi miliknya"

sekadar gambar hiasan *jangan letak tangan di sini.

Maka, pengisytiharan telah dibuat . . . khazanah pon dibuka . . . maka berebut-rebutlah hadirin dalam majlis tu, berlanggar-langgarlah antara satu sama lain . . . maklumlah nak letakkan tangan di atas benda yang paling mahal. Tak cukup satu tangan, letak dua tangan. Supaya dapat miliki semua khazanah itu. Setiap hadirin pergi kepada apa yang mereka hendak dan letakkan tangan atas benda itu.

Setelah semua hadirin meletakkan tangan pada benda yang mereka hendak, namun Iyaz ; hamba yang sangat di kasihi Sultan hanya berdiri di hadapan Sultan, tak pergi kemana-mana pon dia. Maka Sultan telah bertanya kepadanya, "Wahai Iyaz, kenapa kamu tidak pergi letakkan tangan ke atas apa-apa sahaja yang kamu suka, kerana ia akan jadi milik kamu. Lihat semua orang telah buat." Lalu . . . apa yang Iyaz buat? Maka Iyaz telah maju, pergi hampir kepada Sultan . . . dan dia telah letakkan tangannya di atas bahu Sultan. Allahhuakhbar!

Orang yang letak atas benda yang kecil-kecil,akan dapat benda itu sahaja. tapi seorang yang dapat Sultan, maka seluruh khazanah Sultan akan jadi milik dia. Allahhuakhbar!

Seorang yang dapat Allah . . . dia kan dapat segala-galanya, kerana segala-galanya milik siapa? milik Allah!! Allahhuakhbar!

Harini, manusia hanya kejar untuk dapat benda yang "kecil-kecil" ini. Sedangkan semua makhluk ni tak boleh buat apa-apa. Tak boleh beri mudharat, tak boleh beri manafaat. Mudharat dan manafaat hanya datang dari Allah. LAAILAHAILLALLAH !

Sunday, 11 March 2012

Wanita : Larangan Memandang Laki-Laki Yang Bukan Mahramnya

بسم الله الرحمن الرحيم

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah memerintahkan kaum wanita untuk memelihara pandangan mereka dari laki-laki yang bukan mahramnya, dimana Dia berfirman.
"Artinya : Katakanlah kepada wanita yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka". [An-Nur : 31]

* Imam Al-Hafidz Imadudin Ibnu Katsir Rahimahullah mengatakan. [Tafsir Al-Qur'an Al-Adzim, III/283]
"Firman Allah : "Hendaklah mereka menahan pandangan mereka", berarti pandangan terhadap hal-hal yang diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala bagi kaum wanita untuk melihatnya dari laki-laki selain suaminya. Oleh karena itu, banyak dari para ulama yang berpendapat untuk "tidak memperbolehkan wanita melihat laki-laki yang bukan mahramnya baik dengan syahwat maupun tidak".

Alasan larangan tersebut adalah karena pandangan wanita pada orang laki-laki yang bukan mahramnya, atau sebaliknya, pandangan laki-laki kepada wanita yang bukan mahramnya merupakan pendahuluan dari perbuatan zina, bahkan Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam telah menyebutnya sebagai "zina mata".

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, dari Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam, beliau bersabda.
"Artinya : Sesungguhnya Allah telah menetapkan bagi anak cucu Adam bagian dari zina, yang ia pasti mengetahuinya. Zina mata berupa pandangan, zina lisan berupa ucapan, dan jiwa mengharap dan menginginkan. Dan kemaluan yang membenarkan atau mendustainya". [Hadits Riwayat Muttafaqun 'alaihi]
Al-Hafidz Ibnu Hajar Rahimahullahu mengatakan. [Fathul Bari, Ibnu Hajar, XI/22]

Tuesday, 14 February 2012

Doodle dakwah #1

بسم الله الرحمن الرحيم

hmm . . . tanpa kita sedar atau tidak, macammane tinggi pon kita belajar . . . SPM, DIPLOMA , IJAZAH . . . hingga Master . . . phD pon . . . soalan PERTAMA yang bakal kita akan hadapi adalah sama. 

MARRABBUKA?? SIAPA TUHAN KAMU??

Ulama beritahu . . . apa itu ILMU?? 

I.L.M.U adalah apa yang kita akan jawab ketika di dalam kubur kelak. wallahhualam.



* D.O.O.D.L.E tu apa iya??
Hmmm . . . jika kita tanya En. Google maka En.Wiki jawab . . .

A doodle is an unfocused drawing made while a person's attention is otherwise occupied. Doodles are simple drawings that can have concrete representational meaning or may just be abstract shapes. Stereotypical examples of doodling are found in school notebooks, often in the margins, drawn by students daydreaming or losing interest during class. Other common examples of doodling are produced during long telephone conversations if a pen and paper are available.
Popular kinds of doodles include cartoon versions of teachers or companions in a school, famous TV or comic characters, invented fictional beings, landscapes, geometric shapes and patterns, textures, banners with legends, and animations made by drawing a scene sequence in various pages of a book or notebook.

* Ringkasannya ialah . . . D.O.O.D.L.E adalah lukisan mudah @ conteng2 . . . hmm . . . macam yamg kita dolo2 masa kecik2 suka conteng2 kat buka sekolah tuu . . . Tuinkk!! Tuinnkk1!!  \(^_^)/

Tuesday, 7 February 2012

Kisah budak dengan batu . . .

Seorang budak lelaki telah bermain di dalam hutan yang tidak pernah di kunjunginya. Ini adalah kali pertama dan terakhir dia akan berada di situ, yang mana di situ terdapat sebatang sungai mempunyai air yang jernih, nyaman,batu-batu di tebing sungai juga cantik-cantik. Batu- batu diambil dan hanya di lempar ke dalam sungai. BUSHHHH!!! BUSSHHHH!!! BUUSSHHHH!!! berulangkali batu demi batu di lempar. Hari hampir petang, sebiji batu di ambil dan di genggam dalam tangan ; lalu budak lelaki ini bergerak untuk pulang . . . .






Dalam perjalanan pulang ke rumah, budak lelaki ini telah melalui pasar . . . sambil melambung-lambung sebiji batu yang di ambil di hutan sebentar tadi dia terus berjalan dan berjalan menuju ke rumah.

Tiba-tiba . . . dia telah di tegur oleh seorang lelaki ;

Lelaki : Hei !! budak kemari.
Budak : Ada apa yang boleh saya bantu, Pakcik ?
Lelaki : Tunjukkan pakcik batu itu.
Budak : Ini dia Pakcik ( sambil menghulur batu kepada lelaki tersebut, lelaki itu membelek-belek batu tersebut rupa-rupanya batu itu ialah batu permata )
Lelaki : Jual batu ini padaku, berapa harga yang kamu mahu ?
Budak : Tapi Pakcik ( terkejut dia wehhh )
Lelaki : RM1000 ? Boleh ?
Budak : Aaaapeee ? ( terkejut lai )
Lelaki : ( menyangkakan tawarannya murah ... maka.. ) Jika anak tidak setuju, bagaimana jika RM3000 . . . setuju ?
Budak : Tatatapi Pakcik ...( nak nangis dah pulak )
Lelaki : Jika begitu . . . RM5000. Bagaimana ? setuju ?
Budak : Whuaa . . Whuaa . . Whuaaaa . . . ( ah! sudah . . . menangis pulak )
Lelaki : Jangan menangis , RM10 000.
Budak: Whuaaaa . . . WWhuuaaaaa . . . WWWhuuuuaaa . . . ( kuat woii dia nangis )


lalu . . .


Kita semua adalah budak lelaki tersebut. Telah masuk ke alam dunia ini. Hanya main-main sahaja. Telah sia-siakan satu-satunya perkara yang amat bernilai di dunia ini iaitu amal soleh. Apabila sudah kembali ke tanah semula, maka barulah kita akan tahu nilai amal soleh semasa di dunia dahulu. Menangis dan terus menangis. Menyesali hari yang pasti tidak akan kembali lagi.

Jadi ; sebenarnya kita telahpon di beritahu akan nilai-nilai amal-amal soleh oleh kekasih kita Nabi Muhammad SAW. Berulang-ulang kali di beritahu. Namun kita masih tidak sedar akan nilainya; selagi kita tidak berada di dalam tanah. Akan sampai suatau masa yang mana akan di tunjukkan nilai-nilai amal soleh ( batu permata ) tersebut. Nilai solah, nilai puasa, nilai membaca al Quran, nilai zikir, nilai memuliakan sesama muslim, nilai menghormati kedua ibubapa, nilai mentaati suami, nilai keluar di jalan Allah taala, nialai amalkan sunnah Nabi SAW dalam kehidupan kita. . . semua. . . apa-apa sahaja yang ada kaitan dengan agama, maka ia ada nilai di sisi Allah taala. L A A I L A H A I L L A L L A H !

Wahai diri yang angkuh dan sombong . . . dikau ini hanya berasal dari setitis benda yang kotor ( air mani ) dan akan menjadi benda yang kotor juga ( bangkai ) tapi masih sombongkah dikau?
Kehidupan antara 2 benda kotor ( air mani dan bangkai ) adalah penentu Syurga atau Neraka !

Tuesday, 3 January 2012

Perjalanan yg panjang ...

بسم الله الرحمن الرحيم

Hmmm . . . pernah tak packing barang-barang untuk perjalanan ?

Bila kita buat perjalanan untuk beberapa hari . . . bekalan kita cuma beberapa helai pakaian . . . bekalan juga sedikit. Beg yg kecil pun mencukupi . . . jika perjalanan untuk jangkamasa yang lebih lama . . . lebih banyak bekalan diperlukan . . . beg juga semakin besar . . . supaya perjalanan kita lancar , tiada masalah bekalan perlu cukup bukan ?






Kesimpulannya : Bekalan yang kita perlukan berkadar dengan jangkamasa perjalanan kita . Hmm ... Benar bukan ?


* Persoalannya sekarang . . . setiap kita akan melalui satu perjalanan yang sangat . . . sangat . . . panjang . . . dari KUBUR , MAHSYAR , MIZAN , SIRAT , SYURGA @ NERAKA . . .  maka perlu bekalan yang sangat . . . sangat banyak . . . kerana kita tidak pernah lalui perjalanan itu . . . juga tak mungkin berpatah semula untuk siapkan bekalan yang kurang . . .

Insyaallah , mari kita siapkan bekalan buat perjalanan kita yang panjang itu . . . yang entah bila masa mula nya . . . yang akhirnya berdasarkan " bekalan " yang kita bawa. Wallahhualam.